This is she

My photo
selangor, Malaysia
rambling is her new activities lately..so, just let's her do the talking..

Saturday, January 29, 2011

Petua.

Dulu time blaja, bila cuti weekend yang kena balik rumah je, 2,3 hari lepak rumah (kampung), aku mesti dah bosan tak tau nak buat apa. Masa tu mula lah dah terfikir nak balik sekolah/asrama/ U awal. Aku jarang sekali rasa nak stay rumah lama. Tapi sekarang, esok dah nak ahad. Apeee???


alaaa... ;[


Ok ok. back to the topic. I found this entry. My kelik (kawan sekerja) bagi ekceli. Disebabkan ianya menarik, saya share kat cni.. njoys..


60 petua mendapatkan pasangan =)

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Best kan? Tenung tenungkan dan selamat beramal.. ;p

Wednesday, January 19, 2011

Order (Pesanan) =P

Post kali ni ada unsur emosi yg mungkin akan menyentuh sesetengah pihak. Jika anda rasa akan terasa, dinasihatkan utk tidak membaca. Jadi, bacalah diatas risiko anda sendiri. Sekian.


Walau macam mana ikhlas pon hati kita membantu memberi pertolongan kpd seseorang, jika penerimanya adalah golongan yg tidak bersyukur dan tidak tahu menilai, setiap kebaikan tu kadangnya akan dilihat sebagai keburukan, disalahertikan malah diperkatakan yg buruk buruk..

Walau macam mana kita cuba untuk puaskan hati semua orang disekeliling, tapi ada je pihak yg sibuk nak menjadi batu api, pasti perkara baik yg cuba kita terapkan akan nampak tidak kena. Macam kita berpura pura, muka dua/ talam dua muka dan sebagainya yg seangkatan dengannya lah..

Lagi satu, cabaran, dugaan dan masalah yg selalu singgah dalam hidup kita ni kalau tidak dapat diiktibarkan, maka lambatlah proses pembelajaran untuk mengenali apa itu erti kehidupan di dunia ni. Rugi jika diabaikan sebegitu saja. Dalam erti kata lain, semakin lambat kita menerima setiap pembelajaran tentang kehidupan, semakin lambatlah kita untuk menjadi matang..



.
.
.



Wah! bukan main lagi. Aku bukan apa, sejak dua menjak ni aku terima macam macam cerita. nak cita lebih kat cni adalah tidak sesuai.. tapi takpe, aku terima dengan hati yg terbuka. Bukan kita ada niat pon nak sakitkan or mengguris hati sesiapa. Tapi dalam tak sengaja ada pihak yg terasa. Walaupon selama ni kelihatan orang berkenaan tak de masalah pon dengan aku.. Siapa yg talam bermuka muka sekarang?? Tpi hakikatnya, banyak kata2 kurang enak telah terluah. tak pernah ku sangka..


Aku pon manusia biasa. Kerja pon jadi kuli je. bukan nya sesapa untuk disanjung sampai ada pihak yg tidak berpuas hati. Mungkin adalah yg terlepas pandang atau ada pihak yg terasa diri nya discriminated by me? maybe.. What to do.. nama pon kehidupan..


Anyway, pada sesapa yg rasa2 tak puas hati, jumpala depan depan ok! jangan dok mengata, meluah kata kat orang ketiga lepas tu kau tensyen sorang sorang. Takkan selesai nye weh.. Bek pg jumpa org berkenaan, cakap elok elok kasi setel. ha lagi satu, belajarlah dari apa yg terjadi disekeliling.. Letih tau nak layan budak besa tapi perangai mentah lagi nih..Fine, aku pon tak la berape masak tapi, I'm learning and most important thing, tak menyusahkan orang lain!! ouh please..grow up la wehh..


Dah la. makin lame makin emo pulak post nih. heh. ingt nak relaks2 je. Last but not least, sempena hari raya thaipusem ni, Saya ingin meminta maaf lah kepada sesapa yg ada pernah terasa atau terguris dengan segala kata kata/ perbuatan saya secara sengaja dan tidak sengaja ye. minta maaf sekali lagi dan halalkan makan minumm :0

ouh ye, aku dah maafkan sume orang kat dunie ni dahh... korang jangan risau ;p

k la. thats it. :)


jalan jalan cari ketenagan..ewah! ;p


Tuesday, January 4, 2011

Nama saya Siti!

Ok. 6.43 pm. still in the office. hujanlebat kat luar sane. tadi dah siap shut down pc, off airkon nak balik tapi hujan lebat sgt membantutkan niat utk pulang. kereta parking jaoh and sure bila redah 2,3 langkah basah lencun woo..

so, asar kat opis, makan2 roti sket and here, i'm writing..nak bercerita sekejap.. hehe..

nak cite ape eh,,


emm....

jap.




emmm....



tade idea ah. oh ye, bulan lepas aku ada jumpa 2 bloggers yg quite best. eh, silap silap. MEMANG BEST! satu maria elena is geek helen yg selamber. and another one is bout life growing triples-twin-children.. menarik! dan sape2 berminat, boleh follow. heh.



emm..serius aku tade idea nak cita apa weh. aku baru perasan yg skang ni aku rasa macam suma benda pon aku nak secret n tak mo cita kat sini. kalau dulu, wah wahhh,,suma benda nak cerita. sampai benda maki hamun pon ada. adakah ini petanda aku sudah dewasa? *cewah!* tak pon petanda kalau takda cinta, takda idea? ahh.. bullshit itu suma. yg penting, aku tade idea skang ni nak cita ape. ada, tapi nti sure korang suma bosan, menguap, tertido dan sebagainya..

oklah. dah nak maghrib ni, cuak lak dok sorang2 kat bangunan nih. got to go and chow chin cheeeeeee :D