This is she

My photo
selangor, Malaysia
rambling is her new activities lately..so, just let's her do the talking..

Monday, May 23, 2011

Senyum sorang sorang.

hah! muka hitam berminyak lagi berbintik bintik tatkala hati terasa nak tersenyum. haha :p baru balik dari pulau kan,, habis hitam menggelupas muka. Masa ni jugak la terasa hati ni macam..ishh..macam mana nak cakap eh. macam best laa..haha :p

Ok. dah dah.. sebelum melalut lagi, secara exclusifnye kat cni aku nak statekan some simple criterias yg patot ada kat mamat di luar sana kalu mo curik hati nih :p *geli aku*

Petame, of kos agamanyaa. Sebok cemane pon dia, aku nak dia jaga solat dia. Aku berangan kalau suatu hari nti dah berumah tangga, aku nak berjemaah tiap waktu solat (kalau boleh). Pastu, pas solat, aku baca Quran depan dia. Pastu, dia yang betulkan bacaan aku yang salah itu salah ini. Pastu bila dah ada anak, dia yang banyak mengajar bab bab agame ni. Aku sapot dari belakang jeh. wah! berangan. hihi. Tapi tak semestinya ustad ye. Aku prefer orang2 biasa tapi dalam hatinya kuat pegang agama. fuhh..bukan main berangan.

Kedua, boleh memimpin. Aku tau suma lelaki mmg ada sifat ni tapi dengan aku, kena ada x-faktor dalam memimpin. Ewah! haha. Cemane xfactor tu, well, aku ni ada perangai siket. And if you guys can handle it, mmg kira lepas la criteria ni. Nak cita lebih pon tak bleh kat cnih. aku je bleh nilai. heh :p

Ketiga, kalau bleh aku nak yang banyak pengetahuan. Pengetahuan dunia akhirat. Tak banyak, siket. Kalau siket, dia ada rasa nak tingkatkan lagi and plus dia mesti pandai gunakan ilmu dia. Bukan guna utk membesar besarkan diri. Ouh ya, aku tak suka lelaki belagak lebih tapi habuk pon tarak. Biar nampak macam takde pape but got brain n knowledge!! bukan cam geek ke ape. Macam rileks2 je..hehe

okla. tu je dulu. ini yang kiranya paling penting la. hehe. belom lagi cakap pasal rupa, harta.. bla bla blaa :p haha. tapi these 3 things lagi penting la bg akuh. Nati part lain aku cita lagi dalam post exclusip besama hati yg tersenyum rianggg.. XD


Monday, May 16, 2011

Next!!

Alhamdulillah. Along's wedding dah selesai. Everything went smooth. Akad pon macam senang je tgk Along lafaz. The majlis was simple and ok. Biasalah fumble mumble bagi 1st children kawin kan. So, benda tu boleh tolak tepi. Cuma terkilan siket cos tak dapat kumpolkan suma adik beradik dalam majlis ni. Hope Payed tak terasa and will score in his exam. Semoga Along dan Kak Rini akan berbahagia dunia akhirat serta kekal hingga ke anak cucu. Selamat melayari bahtera rumahtangga long!! *macam dia baca je blog nih :p*

Pictures? later k. Rasa tak semangat sangat nak bergambar kali ni. Mebi sbb muka cemni kot. Tunggu sampai dah fully ok baru gila bergambar balik ok :p Lagi pon rasa dah besar, tak de geng nak menggedik bergambar, so, macam nak tanak je posing. hih

Esok kerja. Lama dah cuti rasa berat nak kerja. Rasa nak lepak rumah, lepak borak2 ngan mak je. Tak puas rasa balik kali ni. Yup memang letih, tapi best. Dapat borak ngan makcik makcik sekampung masa kenduri pon rasa macam best. I'll miss that moment :)

One thing, bila dah kenduri, anak anak buah kezen suma ada. Uhh,,geramm!! Suma comel okkey! Tak sabar nak ada anak sedara sendirik nihh.. Kak rini, cepat sikett :p

Ok. merepek kot. Esok keja tapi malam ni tak boleh tdo. Qada' tido punya pasal. Ribut petir ptg tadi pon tak sedar. Haha. Sungguh penat. Bangun2 terus nak masak tapi tak jadi sbb kuali baru, tak reti adjust lagi ;p

Esok hari Guru. Selamat hari guru lah kepada Cikgu cekgi sekalian nooo.. Terima kasih pada guru2 yang penah mengajar akuh dari tadika sampe la ke universiti ni haa.. Thank u so much. Hanya ALLAH yang boleh membalas.

Tarikh ni jugak la genap setahun dah hidup ni takde taman. Ingat nak hidupkan balik la taman dalam hati ni. Ewahh!! :p tapi tak tau nak mula cemane. haha. berangan je laaa..berangan nak yg ranum :p tak nak yg separuh separuh dah :p hih

Dah dah.. makin merapu. last thing, korang penah denga tak orang tua kata, anak nombor tiga ni selalunya cantik n hensem? Kalau tak cantik, dia mesti hensem. Kalu tak hensem, dia cantik.hihi



Friday, May 6, 2011

Gatal.

Lebey kurang kul lapan malam, bertenet sambil tunggu membe kua dating. Sebelum nak g lepak makan sambil tengok maharaja lawak di gerai makan depan rumah. Oh, sambil terasa gatal juga.

huuu... Kali ni serius gatal. Gatal sana sini. Mebi sbb dah lama tak menggatal :p

Cemni la hidup stress kot. Hidup dibenci orang, kurang kasih sayang. Buat baik kat orang, dibalas macam macam. Tak tau la sama ada aku yang tersalah membuat tindakan atau terlalu lurus untuk ikot je suma kata orang. Apa apa pon, pegangan mesti diperkemaskan supaya satu hari nati bukan sekadar jadi kata kata kosong je. Ahh.. bosanla pulak cakap pasal benda ni..

Aku homesick sebenanye. Nak balik :'( Tapi tak boleh. Esok perlu sambung semua drawing autocad yang di amend oleh pakar erosion *oh borring*. Tepakselaa. Lagipon selagi tak siap benda ni, mesti cuti tak senang hati nati.

Selama hidup 25 tahun ni, tak penah pulak demam ber'rashes'. Tapi kali ni aku kena rashes banyak sangat. Ingat nak balik rumah mengadu ngan mak. Tapi, ada benda yg buatkan aku rasa tak payah la balik lagi. Ada benda yang buatkan aku rasa aku perlu berjauhan dengan keluarga buat sementara waktu. Atau mungkin aku akan terus cemni sampai bila bila. Balik bila perlu ja. Entahlah. Biarlah demi kebahagiaan dan keselesaan orang lain, aku bawak diri *ayat bawak diri tahap kecik hati tak bleh blah punyeee :p*

Okla. Pahit dah ni tekak layan cita sedih. Ahad ni hari ibu. Selamat Hari Ibu MAK =)

Sunday, May 1, 2011

Hello May 2011!!

Macam besa kalau dah hidup ni terasa sunyi sepi, baru teringat kat belog ni. Sian.
Hari ni dah May dan sempena hari buruh yang mulia ini, aku bekerja dengan tekunnya di ofis tercinta 'wekk'. Cuma berharap agar diberi kekuatan bagi menjalani bulan lima ini dengan penuh ketabahan dan kesabarannn...Dear Allah, give me extra strength to face new days ahead...

Ouh ya, bulan lima ni ramai kawin. Jadi, selamat berkahwin ya! ada yang dapat anak baru, kereta baru, kerja baru, baju baru, boyfren baruuu....tak kurang juga pada yang ada rumah baru :p


hihi..Kelau dam mode beginnnnn!!!

*.*!