This is she

My photo
selangor, Malaysia
rambling is her new activities lately..so, just let's her do the talking..

Thursday, December 30, 2010

Distractionss!!


Apa kau rasa kalau kau banyak gela kena buat itu ini, ditambah lagi kerja itu ini (macam gaji kau nak cecah puluhan ribula kann,, padehal level gomen servant tahap degree pon tak capai), pastu ada pulak orang keliling tanya kat kau, " Cantik tak baju/ shirt/ tudung/ or what so ever lah kat dalam blog orang nihhhhhh!!!!''...? Fuh, berasap..




stress. Arghhhh!!!


malas nak cite n elaborate lebih. some story have to simpan. kalau tak jadi lagi macam lepas lepas.. tak pela.. redha.. nak buat macam mana. dunia ni kan sungguh 'adil'..oh~

moga aku tak jadi macam tu je satu hari nanti. reminder utk diri sendiri tuhh. ok, noted!



dah la! terima kasih.

okbai*_*.



Tuesday, December 28, 2010

Thots..

Some thots of the day...*also reminder fer me =)*

1. Jika anda dapati semakin tidak cukup duit (padehal gaji semakin membesar), maka perlu revise balik, bila last anda bersedekah..

2. Jika didapati anda semakin hari semakin resah dan ada je benda tak kena, (padahal duit dalam poket berbondong bondong dan dulu anda lah yg pernah kata ''kalaulah aku ada gaji sekian sekian, mesti hati aku tenang dan gembira'') perlulah direvise balik, dari mana sumber kewangan anda. Adakah ia halal atau haram..adakah anda makan gaji buta dan sebagainya..

3. Tak perlu kesian / bagi muka pada orang lain kerana kalau anda terlalu kasihan pada orang lain lebih daripada anda kesiankan diri sendiri, pasti memakan diri. Tak percaya? Cubalah!

4. Kadang kadang kita perlu jadi selfish! yeeehau!!!


and.. thot last ni utk perempuan jeh.. neenoo nee noo..

5. Jika anda seorang perempuan/wanita, especially perampuan/wanita single, usah percaya kepada lelaki lelaki nih. Walau pon bermuka baik, jangan percaya! Kerana itu hanya muka. Hati kita tak nampak. Jadilah wanita wanita yang mahal. Jangan sesekali fikir anda tidak akan ada jodoh jika tak menjadi murah. Bukan bermaksud utk menjadi sombong, tapi extra careful sebelum hati terpatah dua. Biarlah orang kata andalusia ke apa asalkan kita tak ditipu diberi harapan palsu. Lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik kann? Lagipon, Cinta itukan rahsia ALLAH =)


Ok. That's it! Thots ni terhasil kesan daripada beberapa kejadian yang berlaku kat diri sendiri sejak kebelakangan ini. I don't wanna be like before nemore. In order to do that, I've to change cos I know, I can't change people.

The new year is coming and I'm still on this level. So pathetic ok! Looser when everyone is leaving you. Friends, close friends, colleagues and even my sibling are doing gap :'(
Now I know why certain people are very defensive towards others. Because human needs attentions. I dont know. It just my thot.

Okla. Till then. Salam tahun baru buat semua dan maaf pada yang terasa dengan perisian blog saya sepanjang tahun ni!! *wish awal awal cos I'll be very busy along this week* daaa~ :)


Wednesday, December 22, 2010

Nasihat Ucajah (Ustazah)..


Kata Ucajah Syaheedi, ada 5 ubat utk rawat hati..

Pertama, baca Quran faham maksud. Patot pon hati semakin gusar. makin malas baca translet!

Kedua, solat sunat. Lama dah tak buat. huuuuuuuuuuu

Ketiga, puasa. Erk. ni pon rasanye 2 bulan lepas last aku posa. ok, esok posa!

Keempat, berkumpul dengan orang orang soleh. yang ni liat sket. lama dah plan nak pegi masejid dan surau. tapi,,,harapkan rakan rakan yg beriman di sekeliling je la nampaknyee..

Kelima, Qiamullail dan zikrullah. insyaALLAHHHH..

Ok. Polish balik hati tuh pleasee... Tengkasih Ucajahhh (Teringat zaman muda remaja g jaga budak kecik kat taska. Derang panggil aku Ucajah A'a. Cute! )

Ouh anyway, wanna wish Kak anis Happy E day!! Sorry cant attend. Next year i'll come for ya wedding ya. happy for ya :)


another darah-manis-to-be :)

Friday, December 17, 2010

Jumaat.

Once upon a timee..

pic taken by Along..mase ni rase lagi tahap looser tah pape..

Cut!! asek cita benda sedih je..happy plak. heh
Rini jumaat. Esok Sabtu. Lusa Ahad. Cuti dan berehat. So, yeayness is cominggg!!! :D




*the clue for yeayness u can refer at the labels below. tq :p

Thursday, December 16, 2010

Keeper itu kacak!

ehem! ok. kita mulakan post ini dengan Bismillahhh..

*mode happy siket* :)

Semalam korang tengok tak Game Piala Suzuki Melesia lawan Vietnam? Macam terer kan derang men? boleh la.. not bad.. walaupon aku bukan la freak gela minat game bola ni, tapi kalau melesia main, terasa ingin tengok jugak la.. lagi lagi sejak dua menjak ni aku rasa player player melesia kelihatan kacak kacak belaka. Esp, the goal keeper. korang perasan tak? hehe

Memang kacak. Hebat pulak tuh..Sampai aku carik fb dia. Baru nak cair, tengok tengok dah ada awek. Kecewa sebentar :p Siap baca blog awek dia. Banyak gak la gamba2 henskem kacak lagi bergaya mamat ni kat blog page awek dia. Seronok sampai hilang segala penat aku semalam. haha.. Kalu nak tengok jugak, korang cari sendiri la ye blog awek dia tuh :p

oh, ok. hari ni nak chow awal. Jom shopping malam ini. Sapa nak ikott, angkat kakiiii!!! :p

Adioss~

Wednesday, December 15, 2010

Acara wajib setiap bulan :\

Penat. Sumpah penat! Mentally n emotionally. Dulu sebulan ada la pat lima kali je which means seminggu sekali penat. Tapi sekarang lagi best. HARI HARI!!

Lagi best dengan confidence hilang.. Mana tak nya, kena marah sana sini, kena tegur itu ini, tak sudah dengan sikap dan perangai orang keliling yang semakin anoyying (refer to kerja saja PLUS ada la hal hal lain ;p) Tensyennn!!!..huh! Tapi aku salute la sbb bos aku bleh tahan dengan tahap rem otak aku yg corrupted semalam...Dia boleh cakap cenggini kat aku,,

''A'a, don't be stressed. I takut u over-stressed''

perghh.. terharu gua lalu... Ni la titik permulaan kisah air mata semalam...

Keja satu hal. Tak kira lagi dengan nak jaga hati dan perasaan diri sendiri.. emm.. bab ni malas nak cerita. Mesti ada pihak yang akan bertepuk tangan pas baca.. tahan takungan air mata je laa..

Hari ni je kerja dari pkul lime pagi sampai skang tak balik balik lagi. Ni pon nak rest kejap mengadu kat wall blog yang aku rase dah makin tak best sbb penuh dengan post emo, marah, sedih, menyampah dll. Aku dah berjanji kat diri sendiri utk mengelakkan diri daripada tulis benda benda tak best kat cni. Tapi, apakan daya,, sini jela tempat aku nak lepas suma yg terbuku dalam hati.. Nak cita kat parents, aku rasa ni bukan zaman belajar lagi nak rengek rengek kat derang, nak cakap kat kawan, suma ada komitmen sendiri, derang pon ada masalah derang, nak cakap kat Tuhan, pendekatan agak terhad buat masa ni memandangkan bendera merah sedang berkibar.. nak mengadu kat boypren, tak de pulak,, emm.. alamatnye,, cakap sorang sorang je la.. kesian habes lah kannnn... :(

Ouh ya, menahan takungan air mata pon penat tau. Semalam je cukup membuktikan aku bukannye seorang fighter yg kuat. Penat satu hari hold, last last bergenang jugak.. nasib baik ada Mune, Nadia n Abg Syed. Even tho tak de la dok borak sgt pasal masalah aku, tapi aku lupe sekejap semua yg jadi kat aku..Tapi part paling dramatis, air mata berjujuran laju sambil memandu sepanjang perjalanan ke tempat nak jumpe membe.. Bersungguh sungguh nangis tanpa menghiraukan driver sebelah nak kata apa..Dengan teresa esak nye, lap air mata tapi mata tu still merembeskan air yang kalau sampai kat bibir, terasa masin masin camtu la..haha! korang ade? :p

Ahh.. merepek pulak.. pada yg membaca, thanks la sudi baca. Aku manusia biasa. Akan sedih, menangis bila masanya. Lagi lagi kalau sedang terasa diri ni stupid tahap mega. Kalau anda anda rasa nak pujok dan naikkan kembali semangat saya, sila tinggalkan msg dalam kotak mesej. Terima kasih :)

*aku suka Lagu Fireworks by Kak Ketty Perry Cun. Sangat memberi semangat!! anda pula macam mana?

Friday, December 10, 2010

-_-


Post ini khas untuk diri sendiri. Version pujok hati kaw kaw punyaa.. Orang lain tak payah bacalahh..kalau nak baca jugak, boleh je..tak kesah.. sama sama baca, sama sama share..



Kehausan sangat dah rasa rohani nih.. Jadi, sempena hari Jumaat yg berbahagia ni, aku coretkan tazkirah untuk diri sendiri.



''A'a, baca slide Keindahan Sabar ni bila hati sedang gundah gulana ye.. InsyaALLAH, Dia sentiada ada untuk membantu..Jangan putus untuk berdoa dan minta dihapuskan dosa..Mungkin sekarang kau sedang diuji sebelum mendapat sesuatu yang dah lama kau harapkan.. Atau mungkin ini pembalasan akibat dari perbuatan kau yg lepas.. Andai kan ini lah pembalasan dunia yang diberikan kepada kau, patut kau bersyukur kerana begitu ringan dugaan yang diberi..

SABAR DAN YAKIN itu perlu kau terapkan dalam hati dan jangan sesekali putus asa..Andai kata suatu hari keyakinan kau terkurang, maka kepada Dia juga lah kau kembali mengadu. Hanya Dia yang sentiasa mendengar..InsyaALLAH, you'll find your way A..''

Ya ALLAH, aku hamba mu yang lemah...bantu aku dan berilah pertunjuk....Amin ya rabb

Thursday, December 9, 2010

Exhausted!

5 things what I feel now...


1)Penat!
penat seyh 2 3 minggu ni. Even tho rest sabtu ahad, but I'm still penat. Penat! Esp otak nih... sampai gadoh ngan client siap! hamik kau!! tak pernah pernah aku sembur client, kan dah kena.. kacau lagi time rest aku kat rumah, time maghrib pulak tuh!! dah lah call salah timing, then marah marah for the simple issue yang rasenye tak perlu kot ko nak marah marah.. silap la beb,,I'll not respect such people..nasib bek bos kat side aku. hehe

2)Terasa Sucks
bongok sgt rasa kalau tersalah bg coordinate point kat lab..sampai terpakse pg site lagi last Monday sampai sesat kat Kerian. Drive sendiri okke!! Penat lagii...

3)sepi.. poyo gela kot ayat..haha
part ni mmg sentiasa pon rasa macam alone (ecehh..) tapi hari ni terasa lebih sket sbb dah 2,3 hari ni asek happy je bila ada kawan lepak kat rumah. Malam ni membe dah balik, so, rasa bosan.. sedih la sorang sorang.. sapa sapa mahu lepak puchong, meh la singgah rumah noh.. nak tido cni pon boleh. bole teman I. hehe..

4)seba salah
Tak habis lagi rasa seba salah ni dalam idop aku. Rasa macam sampai bila pon aku tak kan maafkan diri sendiri. ermm,, nak cita lebih pon tak sesuai kot nak cita cni.. a bit personal. alahh.. benda dah lepas pon,, doakan yang terbaik buat diri dia dan pasangan..

5)terasa nak merapuuu je
Lama tak dapat nak borak borak merapu ngan kawan kawan kot. suma membe bz. bila ada peluang nak merapu sorang sorang kat cni, aku merapu la. haha..tak salah kan? macam orang gela pon ada dah aku nih :p

kesimpulannye aku bosan malam ni sebenanye. terasa berat kepala ni pk macam macam benda tapi tak dapat nak keluarkan. rasa stuck dalam kepala. Rasa macam ada batu yg halang hormon dopamine dalam saluran darah aku ni..merapu ni pon sbb nak keluarkan suma apa yg aku rasa. Ada je lagi ni tapi tak sesuai la nak cita cni.. Tak pe lah.biarlah sakit, telan je. bagi tau kat membe membe pon last last buat sakit hati bek tak payah..wah, sounds like aku macam tak puas hati with someone kan? hihi.. apa apa pon, life must goes on!!


My god,,, I'm sick with cakap-tak-serupa-bikin people. Sumpah aku tak suka!!!

Wednesday, December 8, 2010

pagi!


terasa macam hari Isnin. Tapi hakikatnya dah rabu! apa yg bermain main di kepala pada waktu ni adalah,,,,


INI!!!



Sipadan Water Village!!


I think I need a vacation laaa :\


Tuesday, December 7, 2010

Selamat tahun baru alls ;)




Tu je. okbai.

Friday, December 3, 2010

Dilemma..

Harapan lama terkambus kembali setelah membaca link ini given by Nikky this morning.. Shud I sambung or not eyh?..Mood kerja dah makin menurun and rasa nak buat something else. But I need money to survive.. and to further study, like my fren said 'nak sambung blaja ni kena sepenuh hati dan bersungguh sungguh. Mesti ada rasa mahu sambung belajar, bukan sebab nak cuba something new atau ikot kawan atau sekadar mengisi masa je'..

erkk..

Guys, help me...especially u guys yg ada/sedang buat master sekarang..Advice me please...I'm in dilemma :\