Post kali ni ada unsur emosi yg mungkin akan menyentuh sesetengah pihak. Jika anda rasa akan terasa, dinasihatkan utk tidak membaca. Jadi, bacalah diatas risiko anda sendiri. Sekian.
Walau macam mana ikhlas pon hati kita membantu memberi pertolongan kpd seseorang, jika penerimanya adalah golongan yg tidak bersyukur dan tidak tahu menilai, setiap kebaikan tu kadangnya akan dilihat sebagai keburukan, disalahertikan malah diperkatakan yg buruk buruk..
Walau macam mana kita cuba untuk puaskan hati semua orang disekeliling, tapi ada je pihak yg sibuk nak menjadi batu api, pasti perkara baik yg cuba kita terapkan akan nampak tidak kena. Macam kita berpura pura, muka dua/ talam dua muka dan sebagainya yg seangkatan dengannya lah..
Lagi satu, cabaran, dugaan dan masalah yg selalu singgah dalam hidup kita ni kalau tidak dapat diiktibarkan, maka lambatlah proses pembelajaran untuk mengenali apa itu erti kehidupan di dunia ni. Rugi jika diabaikan sebegitu saja. Dalam erti kata lain, semakin lambat kita menerima setiap pembelajaran tentang kehidupan, semakin lambatlah kita untuk menjadi matang..
.
.
.
Wah! bukan main lagi. Aku bukan apa, sejak dua menjak ni aku terima macam macam cerita. nak cita lebih kat cni adalah tidak sesuai.. tapi takpe, aku terima dengan hati yg terbuka. Bukan kita ada niat pon nak sakitkan or mengguris hati sesiapa. Tapi dalam tak sengaja ada pihak yg terasa. Walaupon selama ni kelihatan orang berkenaan tak de masalah pon dengan aku.. Siapa yg talam bermuka muka sekarang?? Tpi hakikatnya, banyak kata2 kurang enak telah terluah. tak pernah ku sangka..
Aku pon manusia biasa. Kerja pon jadi kuli je. bukan nya sesapa untuk disanjung sampai ada pihak yg tidak berpuas hati. Mungkin adalah yg terlepas pandang atau ada pihak yg terasa diri nya discriminated by me? maybe.. What to do.. nama pon kehidupan..
Anyway, pada sesapa yg rasa2 tak puas hati, jumpala depan depan ok! jangan dok mengata, meluah kata kat orang ketiga lepas tu kau tensyen sorang sorang. Takkan selesai nye weh.. Bek pg jumpa org berkenaan, cakap elok elok kasi setel. ha lagi satu, belajarlah dari apa yg terjadi disekeliling.. Letih tau nak layan budak besa tapi perangai mentah lagi nih..Fine, aku pon tak la berape masak tapi, I'm learning and most important thing, tak menyusahkan orang lain!! ouh please..grow up la wehh..
Dah la. makin lame makin emo pulak post nih. heh. ingt nak relaks2 je. Last but not least, sempena hari raya thaipusem ni, Saya ingin meminta maaf lah kepada sesapa yg ada pernah terasa atau terguris dengan segala kata kata/ perbuatan saya secara sengaja dan tidak sengaja ye. minta maaf sekali lagi dan halalkan makan minumm :0
ouh ye, aku dah maafkan sume orang kat dunie ni dahh... korang jangan risau ;p
k la. thats it. :)
jalan jalan cari ketenagan..ewah! ;p
No comments:
Post a Comment