This is she

My photo
selangor, Malaysia
rambling is her new activities lately..so, just let's her do the talking..
Showing posts with label copet dan share. Show all posts
Showing posts with label copet dan share. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Lipis Plaza Hotel marii ;p

Lipis Plaza Hotel. 11pm. Getting ready for audit tomorrow.

hai hai. lama tak outstation cemni. hari ni kembali seperti routine monthly seperti tahun tahun lepas yg besa dibuat. outstation for few days for environmental audit. 

as usual. i'll write something here if something happened. something keep playing in my mind. kebetulan ada pc, wireless bagai. ok, not much. just an idea bout life, related to relationship stuff. I know i'm not perfect but at least i'm not having 2 men in one period. I know i'm not pretty but i know how to appreciate people who kind to me. i'll react kuajaq to those yg kuajaq to me too :p ok, lari tajuk siket. actually im facing.... how to say ha..just like drama2 one. haha. tak tau nak cita cemana cos maybe ive delete it. tapi tetap reality. it happen to me and im lucky im not that dump to wait such a fool people. not to further mention here. just apology can heal me. ouh, this post actually a bit private to me but now,  i think like, who caress!! haha

okla. merepek je lebih. point still cannot be revealed here. biarla tuhan membalas segala. i do believe in this, 

What u give, u get back, right??

ok. I found this. lets share =)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMM
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen.

source: iluvislam.com :)

Sunday, September 11, 2011

Penaik semangat post.

Salam readers :)

Hai. Selamat hari raya. ouh, baru sedar tak berhari raya rupanya saya dengan reader2 sekalian. Am I? :P

ok just a quick update here. Late these 2, 3 days I felt so down. No, not relate to my work at all. Its all about my current status. blerghh. bosan sebenanye nak cakap pasal benda ni dah. But when u go for raya here and there ppl keep asking 'bila nak kawin' 'ah, ko bila lagi' etc n etc. Yeah, sape tanak kawen kaann..cuma bukan masanya lagi and like, hello, I'm not even meet my soul mate. Or, mebbi dah jumpa tapi Tuhan tak buka lagi hati dan mata ni. I dont know.

I'm even easily cry alone lately. pms kot. and plus I heard about my ex is getting married syukor for him :). lagi lah rasa diri ni very the looser since I feel like not moving on yet :(

Macam macam kaedah dicuba bagi menghilangkan rasa looser ni. Sometime it works and sometime like 'eh, tiba2 basah pipi' :p

But after read this article (tagged by Kak Iza), which i think its a bit similar to my story life, i felt sooooo relief. God is always here for me...and u :) One of the example I can tell u, when I heard bout my exbf engagement day, I'm not sad at all. I felt so grateful and happy for him. Beside, I pray for his joyous life here and hereafter with the love one. Amin. tapi tipulah kalau kata tak sedih langsung kan. kalau tak sedih namanya setan tak jalankan tugas dia menghasut aku utk terus mengenang nasib. betoii dakkk? :p

so, bagi sesapa yg hatinyya masih tak tenteram dengan masalah percintaan or what-so-ever ni, amalkan doa ni. amal selalu. InsyaAALAHH :)

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin.

yeah. esok dah nak keja balik. pekeja buroh kan. kena banyak tido. muka dah la menggelap, lagi ramai tak mo kot :( but its ok. kena percaya pada ketentuan ALLAH. Wanita baik untuk lelaki yg baik kann :) - bajet baik. haha. ok la. gtg. Later I'll write more stories bout the current me since I oredy got my netbook here -..-

nite all and happy working days onwards :)


Saturday, January 29, 2011

Petua.

Dulu time blaja, bila cuti weekend yang kena balik rumah je, 2,3 hari lepak rumah (kampung), aku mesti dah bosan tak tau nak buat apa. Masa tu mula lah dah terfikir nak balik sekolah/asrama/ U awal. Aku jarang sekali rasa nak stay rumah lama. Tapi sekarang, esok dah nak ahad. Apeee???


alaaa... ;[


Ok ok. back to the topic. I found this entry. My kelik (kawan sekerja) bagi ekceli. Disebabkan ianya menarik, saya share kat cni.. njoys..


60 petua mendapatkan pasangan =)

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Best kan? Tenung tenungkan dan selamat beramal.. ;p

Tuesday, January 4, 2011

Nama saya Siti!

Ok. 6.43 pm. still in the office. hujanlebat kat luar sane. tadi dah siap shut down pc, off airkon nak balik tapi hujan lebat sgt membantutkan niat utk pulang. kereta parking jaoh and sure bila redah 2,3 langkah basah lencun woo..

so, asar kat opis, makan2 roti sket and here, i'm writing..nak bercerita sekejap.. hehe..

nak cite ape eh,,


emm....

jap.




emmm....



tade idea ah. oh ye, bulan lepas aku ada jumpa 2 bloggers yg quite best. eh, silap silap. MEMANG BEST! satu maria elena is geek helen yg selamber. and another one is bout life growing triples-twin-children.. menarik! dan sape2 berminat, boleh follow. heh.



emm..serius aku tade idea nak cita apa weh. aku baru perasan yg skang ni aku rasa macam suma benda pon aku nak secret n tak mo cita kat sini. kalau dulu, wah wahhh,,suma benda nak cerita. sampai benda maki hamun pon ada. adakah ini petanda aku sudah dewasa? *cewah!* tak pon petanda kalau takda cinta, takda idea? ahh.. bullshit itu suma. yg penting, aku tade idea skang ni nak cita ape. ada, tapi nti sure korang suma bosan, menguap, tertido dan sebagainya..

oklah. dah nak maghrib ni, cuak lak dok sorang2 kat bangunan nih. got to go and chow chin cheeeeeee :D



Wednesday, December 22, 2010

Nasihat Ucajah (Ustazah)..


Kata Ucajah Syaheedi, ada 5 ubat utk rawat hati..

Pertama, baca Quran faham maksud. Patot pon hati semakin gusar. makin malas baca translet!

Kedua, solat sunat. Lama dah tak buat. huuuuuuuuuuu

Ketiga, puasa. Erk. ni pon rasanye 2 bulan lepas last aku posa. ok, esok posa!

Keempat, berkumpul dengan orang orang soleh. yang ni liat sket. lama dah plan nak pegi masejid dan surau. tapi,,,harapkan rakan rakan yg beriman di sekeliling je la nampaknyee..

Kelima, Qiamullail dan zikrullah. insyaALLAHHHH..

Ok. Polish balik hati tuh pleasee... Tengkasih Ucajahhh (Teringat zaman muda remaja g jaga budak kecik kat taska. Derang panggil aku Ucajah A'a. Cute! )

Ouh anyway, wanna wish Kak anis Happy E day!! Sorry cant attend. Next year i'll come for ya wedding ya. happy for ya :)


another darah-manis-to-be :)

Friday, December 10, 2010

-_-


Post ini khas untuk diri sendiri. Version pujok hati kaw kaw punyaa.. Orang lain tak payah bacalahh..kalau nak baca jugak, boleh je..tak kesah.. sama sama baca, sama sama share..



Kehausan sangat dah rasa rohani nih.. Jadi, sempena hari Jumaat yg berbahagia ni, aku coretkan tazkirah untuk diri sendiri.



''A'a, baca slide Keindahan Sabar ni bila hati sedang gundah gulana ye.. InsyaALLAH, Dia sentiada ada untuk membantu..Jangan putus untuk berdoa dan minta dihapuskan dosa..Mungkin sekarang kau sedang diuji sebelum mendapat sesuatu yang dah lama kau harapkan.. Atau mungkin ini pembalasan akibat dari perbuatan kau yg lepas.. Andai kan ini lah pembalasan dunia yang diberikan kepada kau, patut kau bersyukur kerana begitu ringan dugaan yang diberi..

SABAR DAN YAKIN itu perlu kau terapkan dalam hati dan jangan sesekali putus asa..Andai kata suatu hari keyakinan kau terkurang, maka kepada Dia juga lah kau kembali mengadu. Hanya Dia yang sentiasa mendengar..InsyaALLAH, you'll find your way A..''

Ya ALLAH, aku hamba mu yang lemah...bantu aku dan berilah pertunjuk....Amin ya rabb

Sunday, November 28, 2010

emo tapi sempat pomot :p

Tau. Boring kan my entry lately. Blame the hormone!! yeke? tahla. confius akuh!

Ok. A month after wearing Premium Beautiful. Great! Rasa macam bagus pon ada :p haha. tak lah. Merepeks. Kesimpulannye tak dapat nak dicerita dengan kata2. Cuma,,,,

yeay!! :D

Why I choose PB as my solution to reduce weight? Its because of...
  1. I have knee surgery impact which caused limited body movement esp movements relate to tendon. So, nak kuroskan kaki pon ssh since tu lah part paling 'semangat' membesar sejak i stop jog n silat..last time join member2 men futsal pon macam hapeee jeee.. sayor!
  2. My BIG problem in reducing weight is makan! Cant stop munch as long as ada makanan depan mata. Ssh nak tahan la boleh kataa.. Orang goda siket je, terus nak join..So, bila pakai PB ni, makan siket dah rasa full. Makan lebih, rasa nak muntah. So, tak heran sgt dah skang kat makanan2 sedap nihhh.. Cehh,, belagak pulaks :p
  3. PB mmg dah lama I aim nak guna since kat U dulu. Tapi tade duet. No money no talk..hihi
  4. Inspired by Atie!!
Ni nak pomot sket la bendalah PB ni.. bukan orang yg banyak lemak nak jadi kuros je guna benda ni tau.. utk yg kuros nak shapingshaping badan pon sangatlah sesuai jika guna bendalah ni...cos actually benda ni is for shaping. For Ideal shaping.. yg gem gem bleh jadi kuros, yg meleding bleh jadi berisik sket lah kat ehem2 kan.. well, i tak kawin lagi so, macam segan nak speak out loud pasal benda ni since I know there will be guys out there reading this post. hehe..Ni pon rasa nak tulis kat cni lepas baca Mrs. Kown punya entry.. hehe

Ermm..kalau ada sapa2 berminat nak tahu lebih lanjut pasal benda ni, I boleh tolong..I'm not a dealer ok! But i know who's expert in this PB thingy.. and I just wanna share wif u guys.. syering kan keringgg kann:p...benda ni mmg mahal tapi bleh pakai lama beb.. lepas kawin pon still,, mesti lagi perlu masa tu kot. hehe..so, pasal rega,tutup sebelah mata je la.. lagi pon kerja bagai nak rak tapi duit tah kemana,, bek bagi manja sket kat badan sendirik. ye dak? hehe

ouh ya, guys pon boleh cuba.. ada je bapak orang pakai. tapi dia secret2 je laa.. dah mujarab, baru dia heboh.. tak pecaya? baca testimoni nih :p





Wednesday, October 27, 2010

smile =)


I feel its been a while for having a great smile and laugh. I mean a true one... maybe because of my work loads, 24 7 workin' and hormone regulate,,perhaps...

For the time being, only one thing can make me smile. That kind of smile.. the-really-happy one..But, unfortunately, its a bit risky. I know but I still take it..Why i said so? Cause nobody's know our future rite?

Its ok then. Maybe this is 'my turn' to face all these things. And now I'm learning and trying to digest each and every single thing that happened to me..

This page will become more dull if my hormone don't want to cooperate with me. so, blame the hormones!! =p


Bak omputeh kata, 'A forced smile is better than none'. So, SMILEEE =)

Ngeeeee...

Tuesday, August 17, 2010

Doa mengatasi kekecewaan a.k.a putus cinta :p

Bila anda mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, letakkan tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayat di bawah. Setelah selesai baca ayat ini genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang. (Surah Ar-Ra'ad ayat 39).

Ayatnya rumi saja okke...





yamhullahumaa yasyaaa'...

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya...





selamat mencuba!! :)

Thursday, July 22, 2010

already gone...

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry

Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone


source : makcik kelly clarkson :p

Thursday, June 3, 2010

theme song

Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan Lirik

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Monday, January 25, 2010

Wasiat buat isteri. Moga dapat dibuat pengajaran~

hello there. this morning i received an email from fren of mine about 'wasiat buat isteri'. at first, malas nak baca since i've lotsa lotsa work. but, takpe, bce je la. ilmu kann.. tak boleh berkira dengan ilmu ni. after read it, i feel like i wanna share with others. nak type kat blog satu satu, tak dan.. since tak boleh just copy like that, so i just give the link..




so, wanita wanita solehah out there,and also reminder fer myself, mari kita renungkan dan bersame same amalkan nanti :)

thank u for reading :)

Thursday, December 17, 2009

tooo fast.

new year is coming :)

salam maal hijrah 1431 to all :D

diharap agar segala yang diimpi dan dihajati dalam tahun ini telah tercapai dan ditunaikan. dan mulakanlah tahun baru dengan harapan dan semangat baru agar kita semakin maju kehadapan. segala yang telah terjadi usah dikenang tapi perlu kekal diingatan sebagai tanda sejarah bagi terus memperbaiki diri. doa akhir dan awal tahun juga jangan dilupa serta surah yassin sebagai pelengkap menyambut tahun baru di malam jumaat berbahagia dimana langit terbuka luas bagi hambaNYA yang berdoa :) minta agar diampunkan dosa, dipanjangkan umur serta moga dimurahkan rezeki yang halal dan berkat.... amin~

p/s: for those yang tidak mahu ketinggalan dengan football final sea game MALAYSIA vs VIETNAM, plis jgn ketinggalan utk berdoa juge. kalau tak melesia kalah!! good luck to skuad malaysia!! yeahh...

esok cuti!! yeayy!! peace :P

Friday, November 6, 2009

i'm not a girl... not yet a women... hihi =p

eheee.. gamba lame. me with kak iza. thanks to her for the pic! actually this pic taken last 3 years i think, taken during we were on the boat at kampung kuantan, kuala selangor. that time was our environment class with our beloved prof azizan. nak tgk kunang kunang punye pasal kan. haaaa.. ni la die.. hihi..

that time i was like emmm... ala, brutal2 gitu.. hihi. yelakan. mane de nak pk carik bf ke hape. selekehhh je memanjang. janji tutup, kemas, dah! hihi ;p err.. kemas ke?? u judge it :p

tapi bile tgk balik, ouh,, burok nye sayeee... kikiki ;p and now i think that i oredi need this...really really need this..



a set of brushes!! from malaysianbeautystore.com ehe..

actually dah lame mengidam ni, but think that i wont use it kot. yala, how to use it? never wanna learn before! but when i re-think again, the brushes might be gain my motivation to get pretty :) yes. betool. ni pon pengaroh-rakan-seblog la nih. hihiihi.. anyway, thanks guyss.. akhirnye i'm a women. kiki =p

okla. i'm putting this on my list. my aim to achieve. for me to be a better woman. hahahah. cam kelaka la pulak ;p tapiiiiiiiiiiiii, tak bermakne aku dah jadi seorang wanita, aku akan meninggalkan dunia lasak dah..no no no!!! he he he...

y brushes first?? ouh,,soalan tu adalah kerana,,,,,,,after we got the brush, baru la de semangat nak beli alll the make up set kan. like before everything dah mmg ade. tak penah nak pakai dengan betol jeee. but this set of brushes can make me one step ahead to get serious on this matter or colouring my face. thats all. n also be a professional. maybe :) senang je kooottt... asal ade barang kelengkapan make up, buat hari2, tanpe berenti, sure punye can be pro! huh! angkuh sungguh saye berkate2 ye :p

okla. sungguh mengarot. mari sambung kereje... haihhh. suke makan gaji bute yeaa..

Wednesday, September 9, 2009

renungan for the day...

Sabda Rasulullah saw

"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti bonggol unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)


errrrr...
moge terhindar dari kejahilan yang nyata. amin~

semakin hari pengisian blog aku jadi semakin bosan :\

bukan salah aku tapi memandangkan sangat keja mahu diselesaikan. ini masa pon ade banyyak bende nak disetelkan namun, paham paham sajalah! haha

omaigot! aku perlukan $$$ yang bayak ketika ini. bonus? xcukupla. emm.. bukan mata duitan tapi lots thing to buy. keperluan la pendek kate. nak sevis kete, makan2 nagn rerakan kat lua perlu ongkos juge ape duit raye, sofa baru, baju baru, kasut baru, beiki laptop yang da lame sakit :( dan banyak lagi la. tu belum kira hutang2 yang perlu dilangsaikan. termasuklah zakat fitrahh.. ouh! my first zakat fitrah bayar sendiri. tapi ade tukang pembayar punyee. hehehe..

emmm. n now rase mahu ini pula...



taken from abaya suraya's page. cam cantik kan??


emm. duit lagi. tidak mengapalah. bek aku pendam saja dulu. mari sambung buat kerejaaaa. :)

Thursday, August 13, 2009

maen2 tag!

hi!! sengaje buat ini. tagged by farah shamimi n syikin from fb. but i prefer to do it in this page. let's check it out!!

Now, here's what you're supposed to do, and please do not spoil the fun. Copy and paste this into your notes, delete my answers, type in your answers and tag 20 of your friends here in facebook to answer this. Then see what happens.

If you a guy- post this as my kind of girl..
If your a girl- post it as my kind of boy..

1. Do you need him/her to be good looking?
not the verrry good looking one. sedap mate memandang sudahh. manis berkat air sembahyang punye lagi best :)

2. Smart?
yup! especially smart in making decision. becos i know i'm not good in that :(

3. Preferred age?
older than me. a month older also counted! hehe

4. Preferred height?
60 - 70 kg. ringan sgt nati senang melayang. kiki

5. How about sense of humor?
of course.. nati serius je xbest!

6. How about piercings?
nope! sorry. i'm allergic with this. xboley jadik wali utk anak nti beb. hehe

7. Accepts you for who you are?
of course..

8. Pink hair?
simpang malaikat pat plo pat!

9. Mushy or no?
emm. boley laa. can can. haha

10. Thin or fat?
or! haha. middle!

11. Black, Brown or White (skin color)?
brown.

12. Long hair or short hair?
short!

13. Plastic or metal?
metal! - ape kene mengene soalan ni? tapahammm..

14. Smells good?
yeahh.

15. Smoker?
err..xnk la. xtahan bau asap!

16. Drinker?
nauzubillah.

17. Girl/Boy-next-door type?
no.

18. Muscular?
if possible, yes i want it ;p

19. Plays piano?
emm. xperlu kot.

20. Plays bass and/or acoustic guitar?
huhu. best gak. nak!

21. Plays violin?
not necessary.

22. Sings very good?
not necessary also. yang penting selambe je nyanyi depan aku. hihi

23. Vain?
pantang aku!

24. With glasses?
xkesah. cute jugak specky ni. hihi

25. With braces?
hihi. lagi cute!

26. Shy type?
suke suke.

27. Rebel or good boy/girl?
gud boyyy :)

28. Active or passive?
active!! watchaaa!!!

29. Tight or bomb?
err.. xpaham.

30. Singer or dancer?
dancer!! yes he is..

31. Stunner?
wahh.. xpayah la. nti ramai lak suke. hehe

32. Hiphop?
err.. no no..

33. Earrings?
haih. tanakk!

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-un
til-you-drop?
apekah?

35. Dimples?
tuhan je boley bagi. jadi terime seadenye :)

36. Bookworm?
boleh gak. since i'm the one yang malas membaca. hehe

37. Mr/Ms. love letter?
emm. no need la.

38. Playful?
menarik! nak!

39. Flirt?
yes! with me only! kiki

40. Poem writer?
emm. xkesah.

41. Serious?
yes for suitable time.

42. Campus crush?
haha. happened @ my campus.

43. Painter?
no need.

44. Religious?
yup! untuk generasi yang lebih baikk :)

45. Someone who likes to tease people?
haha. layan je. zass!

46. Computer games geek? Or internet freak?
cam ye je.. 50% kot.

47. Speaks 20 languages?
hope so. haha. boley ke pon sampai 20?? haha

48. Loyal or faithful?
faithful.

49. Good kisser??
whoww. haha. sape tanak kot! ;p

50. loves children??
yes. i love ppl who loves children :)

jadi, sape yang berkenaan tuh. ehem ehem sile lah take note ye. hihihi..
sape2 bace ni sile buat yea. saye tag kamu kamu dan kamu semue. hihihii...

Tuesday, August 11, 2009

bencana dunia.

baru je pas dengar berite berkenaan penyakit yang semakin popular kini hari. H1N1. pernah terfikir tak perkara H1N1 ni macam satu bala yang tuhan nak bagi kat hamba2 nye? kite le tuu.. hari ni je enam kematian dari warga tempatan negara kita dah terkorban. innalillah... jumlah sebenar, dah 38 orang. sampaikan ade anggaran "5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1)" nauzubillah... takotnyeee. mintak dijauhkan. amin~

rase macam nak jadi zaman kaum dalu-dulu plak. Allah terbalik kan dunia ni dalam sekelip mata je manusia yang ingkar ni terhapus. macam sekarang la. jika kita tgk sekeliling, arak, dadah, hubungan bebas, rasuah, penindasan, da macam small metter dah. aurat xpayah cakap la. pakai baju tapi hakikat, no point pon pakai baju. nampak je itu ini. trend dude!!! bute fashion la kalau x follow.

zaman yang dah tak concern dose pahale ni. kalau ditegur, katenya menjage tepi kain orang. kalau tak ditegur, jawabla kat akhirat sbb tidak menegur sesama saudara islam. orang zaman sekarang ni yang penting, asalkan berjaye, berjaye dan berjaye.... agak-agak tengah susah, baru ingat tuhan, nak buat sembahyang hajat bagai. ya allah. aku rase aku pon da terjebak dengan cara hidup ini semue.

astaghfirullah al azimm.. nauzubillah...

post ni bukan nak sindir or mengate mane2 pihak. peringatan untuk semua dan diri sendiri. sementara masih sedar dan seterusnya mengajak rakan2 pembaca terus menyedari hal ini dan kite sama2 berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terpelihara dari bencana dunia ni.


AMIN...

ade 1 doa khas penyakit berjangkit yang di tagged oleh atie kepade aku semalam. mari kita amalkan..

Tuesday, July 28, 2009

quote for today =)

Semakin kebaikan itu hampir pada kita, semakin laju kejahatan mengejar kita. Maka, selalulah berwaspada, agar hidup terpelihara...

copet je ni. cos tertarik. untuk di share dengan kawan kawan =)

Monday, July 27, 2009

rancana hari ini.

dont know why it cannot come out starting at 11 something. sakit ke?
yang lain ok je. but this fellow didn't come out. keep trying rite now but still. haihh. penat la nak tunggu... buang mase jee. lalu blogging ^,^

hehehe...

this morning i drive to the opis as usual. the morning crew phatfabes , nadia n ben disscused about the skinny thing. ha'a kan. y do ppl love skinny? as if they are very fat until they did not have curves? nanti orang nampak dari jauh.. ape tu?

tiang lampu. hahahahaa...

ok la fine. sape kate flabby cantik pon kan. but xpayah kot nak kate orang gemok is ugly and gross? huhh.. macam la caller tu cantik sangat kot. asalkan hati cantik dan baik. cukup :)

tertarik dengan phatfabes punye sentence. phatfabes mom's sentence actually.

"u better dont say bad to other ppl because at one time, the bad things will come back to u later n bite u.also it will be more bad than what u said"

menyesal lak gelakkan orang pagi tadi. xsengaje. cos kelaka sangat. emmm.. ok la insaf! hope bende tu x datang kat aku satu hari nanti. amin~ hehe. nak mintak mahap kat orang tu pon, bukan die kenal kat aku pon kan. hope die pon maaf kan aku. hissyyhh. dah la. xmo cakap orang dah. cakap diri sendiri sudaaahh.. hehe..

bosan dah buat keje kat cni, bosan asek angkat call, bosan buat keje admin, keje marketing, bosan nak layan cine gamp tuh, bukan nak berkire tapi terlalu melampau sampai rase nak marah2 aje! dulu mungkin aku saje n now the whole office pon muke ketat je pagi pagi. kikiki... bosan bosan bosan. tunggu next week je :)

rasenye sudah tiba untuk aku gilap bakat yang aku ade. dan.. bende yang aku boleh buat but xpernah nak explore n try.. emmm.. ape die tu..? tunggu. kiki. aku try dulu, dah ok baru publish kat semue yee..

ok la ngarot je. bye u ollss!!!



aiyyo. net sucks budoh hari ni. xbule berFB. lelagu lak cam cd rusak. nseb bek de twitter. de gak la hiburan. heh~