This is she

My photo
selangor, Malaysia
rambling is her new activities lately..so, just let's her do the talking..
Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Order (Pesanan) =P

Post kali ni ada unsur emosi yg mungkin akan menyentuh sesetengah pihak. Jika anda rasa akan terasa, dinasihatkan utk tidak membaca. Jadi, bacalah diatas risiko anda sendiri. Sekian.


Walau macam mana ikhlas pon hati kita membantu memberi pertolongan kpd seseorang, jika penerimanya adalah golongan yg tidak bersyukur dan tidak tahu menilai, setiap kebaikan tu kadangnya akan dilihat sebagai keburukan, disalahertikan malah diperkatakan yg buruk buruk..

Walau macam mana kita cuba untuk puaskan hati semua orang disekeliling, tapi ada je pihak yg sibuk nak menjadi batu api, pasti perkara baik yg cuba kita terapkan akan nampak tidak kena. Macam kita berpura pura, muka dua/ talam dua muka dan sebagainya yg seangkatan dengannya lah..

Lagi satu, cabaran, dugaan dan masalah yg selalu singgah dalam hidup kita ni kalau tidak dapat diiktibarkan, maka lambatlah proses pembelajaran untuk mengenali apa itu erti kehidupan di dunia ni. Rugi jika diabaikan sebegitu saja. Dalam erti kata lain, semakin lambat kita menerima setiap pembelajaran tentang kehidupan, semakin lambatlah kita untuk menjadi matang..



.
.
.



Wah! bukan main lagi. Aku bukan apa, sejak dua menjak ni aku terima macam macam cerita. nak cita lebih kat cni adalah tidak sesuai.. tapi takpe, aku terima dengan hati yg terbuka. Bukan kita ada niat pon nak sakitkan or mengguris hati sesiapa. Tapi dalam tak sengaja ada pihak yg terasa. Walaupon selama ni kelihatan orang berkenaan tak de masalah pon dengan aku.. Siapa yg talam bermuka muka sekarang?? Tpi hakikatnya, banyak kata2 kurang enak telah terluah. tak pernah ku sangka..


Aku pon manusia biasa. Kerja pon jadi kuli je. bukan nya sesapa untuk disanjung sampai ada pihak yg tidak berpuas hati. Mungkin adalah yg terlepas pandang atau ada pihak yg terasa diri nya discriminated by me? maybe.. What to do.. nama pon kehidupan..


Anyway, pada sesapa yg rasa2 tak puas hati, jumpala depan depan ok! jangan dok mengata, meluah kata kat orang ketiga lepas tu kau tensyen sorang sorang. Takkan selesai nye weh.. Bek pg jumpa org berkenaan, cakap elok elok kasi setel. ha lagi satu, belajarlah dari apa yg terjadi disekeliling.. Letih tau nak layan budak besa tapi perangai mentah lagi nih..Fine, aku pon tak la berape masak tapi, I'm learning and most important thing, tak menyusahkan orang lain!! ouh please..grow up la wehh..


Dah la. makin lame makin emo pulak post nih. heh. ingt nak relaks2 je. Last but not least, sempena hari raya thaipusem ni, Saya ingin meminta maaf lah kepada sesapa yg ada pernah terasa atau terguris dengan segala kata kata/ perbuatan saya secara sengaja dan tidak sengaja ye. minta maaf sekali lagi dan halalkan makan minumm :0

ouh ye, aku dah maafkan sume orang kat dunie ni dahh... korang jangan risau ;p

k la. thats it. :)


jalan jalan cari ketenagan..ewah! ;p


Thursday, December 30, 2010

Distractionss!!


Apa kau rasa kalau kau banyak gela kena buat itu ini, ditambah lagi kerja itu ini (macam gaji kau nak cecah puluhan ribula kann,, padehal level gomen servant tahap degree pon tak capai), pastu ada pulak orang keliling tanya kat kau, " Cantik tak baju/ shirt/ tudung/ or what so ever lah kat dalam blog orang nihhhhhh!!!!''...? Fuh, berasap..




stress. Arghhhh!!!


malas nak cite n elaborate lebih. some story have to simpan. kalau tak jadi lagi macam lepas lepas.. tak pela.. redha.. nak buat macam mana. dunia ni kan sungguh 'adil'..oh~

moga aku tak jadi macam tu je satu hari nanti. reminder utk diri sendiri tuhh. ok, noted!



dah la! terima kasih.

okbai*_*.



Tuesday, December 28, 2010

Thots..

Some thots of the day...*also reminder fer me =)*

1. Jika anda dapati semakin tidak cukup duit (padehal gaji semakin membesar), maka perlu revise balik, bila last anda bersedekah..

2. Jika didapati anda semakin hari semakin resah dan ada je benda tak kena, (padahal duit dalam poket berbondong bondong dan dulu anda lah yg pernah kata ''kalaulah aku ada gaji sekian sekian, mesti hati aku tenang dan gembira'') perlulah direvise balik, dari mana sumber kewangan anda. Adakah ia halal atau haram..adakah anda makan gaji buta dan sebagainya..

3. Tak perlu kesian / bagi muka pada orang lain kerana kalau anda terlalu kasihan pada orang lain lebih daripada anda kesiankan diri sendiri, pasti memakan diri. Tak percaya? Cubalah!

4. Kadang kadang kita perlu jadi selfish! yeeehau!!!


and.. thot last ni utk perempuan jeh.. neenoo nee noo..

5. Jika anda seorang perempuan/wanita, especially perampuan/wanita single, usah percaya kepada lelaki lelaki nih. Walau pon bermuka baik, jangan percaya! Kerana itu hanya muka. Hati kita tak nampak. Jadilah wanita wanita yang mahal. Jangan sesekali fikir anda tidak akan ada jodoh jika tak menjadi murah. Bukan bermaksud utk menjadi sombong, tapi extra careful sebelum hati terpatah dua. Biarlah orang kata andalusia ke apa asalkan kita tak ditipu diberi harapan palsu. Lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik kann? Lagipon, Cinta itukan rahsia ALLAH =)


Ok. That's it! Thots ni terhasil kesan daripada beberapa kejadian yang berlaku kat diri sendiri sejak kebelakangan ini. I don't wanna be like before nemore. In order to do that, I've to change cos I know, I can't change people.

The new year is coming and I'm still on this level. So pathetic ok! Looser when everyone is leaving you. Friends, close friends, colleagues and even my sibling are doing gap :'(
Now I know why certain people are very defensive towards others. Because human needs attentions. I dont know. It just my thot.

Okla. Till then. Salam tahun baru buat semua dan maaf pada yang terasa dengan perisian blog saya sepanjang tahun ni!! *wish awal awal cos I'll be very busy along this week* daaa~ :)


Friday, December 10, 2010

-_-


Post ini khas untuk diri sendiri. Version pujok hati kaw kaw punyaa.. Orang lain tak payah bacalahh..kalau nak baca jugak, boleh je..tak kesah.. sama sama baca, sama sama share..



Kehausan sangat dah rasa rohani nih.. Jadi, sempena hari Jumaat yg berbahagia ni, aku coretkan tazkirah untuk diri sendiri.



''A'a, baca slide Keindahan Sabar ni bila hati sedang gundah gulana ye.. InsyaALLAH, Dia sentiada ada untuk membantu..Jangan putus untuk berdoa dan minta dihapuskan dosa..Mungkin sekarang kau sedang diuji sebelum mendapat sesuatu yang dah lama kau harapkan.. Atau mungkin ini pembalasan akibat dari perbuatan kau yg lepas.. Andai kan ini lah pembalasan dunia yang diberikan kepada kau, patut kau bersyukur kerana begitu ringan dugaan yang diberi..

SABAR DAN YAKIN itu perlu kau terapkan dalam hati dan jangan sesekali putus asa..Andai kata suatu hari keyakinan kau terkurang, maka kepada Dia juga lah kau kembali mengadu. Hanya Dia yang sentiasa mendengar..InsyaALLAH, you'll find your way A..''

Ya ALLAH, aku hamba mu yang lemah...bantu aku dan berilah pertunjuk....Amin ya rabb

Tuesday, November 30, 2010

Sorry peeps..

Aku rasa dah tiba masa yg sesuai utk aku remove frens kat FB.. Aku tak kesah sapa sapa mau jadi kawan tapi aku cukup distracted dengan gambar gambar model-kaki-tak-cukup-panjang pastu posing macam desperate kain belah sana belah sini tuh.. Bukan jeles tapi tah la,,aku mmg tak dapat nak terima. Dah cuba utk terima tapi..sori la beb, I have to be myself :)

So, pendek kata, gudbye la ha.. bak kata Maher Zain, pilih kawan yang baik baik untuk diteladani, sbb faktor memilih kawan ni la yg boleh membawa kita ke arah kebaikan atau kebinasaan. Reminder utk diri sendiri -.-

Lagipon bagi aku, tak luak pon hilang 2 3 orang kawan..lagi lagi yang macam sombong bajet bagus, kan? Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yg beriman,,, Aminn~

Monday, November 29, 2010

Geli!

Sumpah aku geli meremang bulu roma pas baca post sendiri..yeks!!

Seriyes weh geli,,aku tnga geli kat diri sendiri ni. Kadang kadang bila pikir balik aku rasa macam tak percaya je aku penah jadi macam tu. hishhh eeeE! *bulu roma kat tengkok aku berdiri for real okke!!*

Tapi bila pikir pikir lagi, mungkin ada hikmahnyaa..nasib bek aku penah jadi seorang yg menggelikan. Kalau dah tua baru kena, lagi la terok kot..

Sindrom geli ni akan datang bila aku terbuka enti entri lama dalam blog aku sendiri. Ala.. zaman kononnye 'berbahagia' dulu.. Serius weyh,,aku nak muntah dengan ayat yang aku sendiri penah tulis dulu. Macam budak budak!

Fenomena ni mmg aku dah lama nak lupakan dan kalau boleh tak nak ingat langsung. Tapi sekarang ni asek bermain main di depan mata aku tanpa dipinta..I mean orang lain la.. macam tak percaya pon ada. Bila aku nampak sesetengah couple ni, aku rasa aku nampak diri aku yg pernah poyo pada suatu ketika dulu. Ouh, tak bleh blahh ngan poyoness sendiri T.T

Nak tulis panjang panjang pon tak guna, just nak bagi tau la kan kat suma, kalau nak rasa poyo ni, bekapel la time muda ni. Tulis kat blog korang pasal perkembangan kebahgiaan dan liku liku sepanjang dalam relationship. Nti bila korang dah clash, baca balik then mase tu la baru terpikir yg betapa poyo nye korang tapi ni bagi yg pernah ada pendirian tak nak bekapel laa.. haha.

Oklabai!!


*tah tah satu hari nati bila aku dah tua, entry ni pon aku geli baca =p

Tuesday, October 19, 2010

stress to the max!

stress. kerja macam takde esok. skang sorang2 kat opis. buat keje macam boleh dapat naik gaji dalam sebulan 2 ni.. nak balik, tapi hati tak tenang selagi keje tak siap.. stress sgt, aku baca lah muka buku macam biasa and what did i found was....


rubbish!!!


ini opinion aku saje. bagi sape2 yg akan terasa dengan statement aku, sila jangan baca. Read this on ur own risk. kau baca, kau terasa, kau punya pasallahhh...

ok, back to the point.. to me, some of photoghrapher nowadays are become rubbish.. especially the malays one, specifically, the Muslims. kenapa aku cakap camni,, korang study la sendiri. tapi point aku kat cni 1 je. kalau nak amik gambar model tu, the models betul betul model ke ataupon model sampah yang agak2 tak de keje, ko amik dorang for free dah la pendek, tak lawa pulak tu, tarik dorang soh pakai itu ini macam tak cukup kain then posing sambil buat muka desperate b****!!! What the F la kannn....

pleasela.. pmpn bukan semurah itu utk nak buat tontonan free korang2 fotografer yang meratah setiap satu lurah ceruk bagai.. yes, i know some of the 'models' are willingly to do the job but hey, u have the brain right, use it!!! same la wahai gadis gadis 'model' sekaliann.. lagi 1 aku bukan la ustazah pon nak cakap itu ini tapi sebagai pmpn, aku pulak yg terase malu dengan perbuatan 'models' yg hebat ni.. malu beb,, malu.. ok fine la kerja seorang model mmg cenggitu but model yg not enough criteria?? please laa... nak muntah tengok... lagi2 yang kononya muslimah tapi aku rasa, kau pakai baju ke tak pon sama je..lelaki still boleh imagine macam macam.. betol kan para2 lelaki di luar sana kannnn???

dulu aku penah menggemari kegiatan melihat dan mencari gambar2 yang cantik dan kreatif yg telah di'snap' oleh fotografer terkenal contohnya Saiful Nang, Udey and the team so on and so on.. but lately, kebetulan aku adalah 'terkenal' dengan fews ppl yang sedang meningkat naik utk menjadi fotografer, aku rasa macam emmm... tak patutlaa...

  • first, sbb bila part amik gamba models, dia (fotografer) ni la yang paling merangkak nak amik 'best' angle ;
  • secondly, bila diorang upload kat fb, apa yg dikomen adalah berbunyi seperti ini..wahhh,,hot!, nice shot, menggiurkan, daring, so on and so on.. malas aku nak ingt balik sentence diorang..korang boleh bayangkan apa benda.. ini baru kat fb, aku tak tau la apa yang diorang discuss kalau dorang sesame dorang or dalam webpage private...
  • paling aku rase benda ni dah mirip sama macam p**n photografer. hishhyy..nak sebut pon jadik segan..
so, sape2 terfikir nak jadik fotografer, sila lah pilih line yg betul. bukan berkawan je kena pilih, but how they use the talent pon kena alert. jangan sampai satu hari nti budaya barat ni jadi kebiasaan pulak among kita. tak salah menjadi seorang fotografer. its an art. tapi pembawakkan tu ada yang terlebih kat yg tak patot sana sini. tak patut dibuat oleh orang yg kalau dia rasa dia masih Islam la..the rest rasanya u olss boleh pikir sendiri..

p/s: lupa pulaks kubor lain-lain.. tapi kalau dah tuhan nak bagi bencana awal kat dunia, orang yang tak menegur tu la akan kena dulu...tak gitu?

Wednesday, August 25, 2010

membengkak!

wake up, bath, eat, w0rk, munch2, construction sites, mengantok, meet people, eat, drive, reporting, chatting, eat, television, online, eat, rest, sleep......

then continue the next day with the same routine. that's me now.. my current routine if its not fasting month laa. great huh!

kalau perasan, how many eats and NO work out that i have here... sigh... ape nak jadi la aku niiii. *geleng geleng* badan dah bengkak bengkak ni..

ouh ya,, today i got my eumora soap oredi. wheppiiwoo!! during lunch hour i use the soap and my face become merah gatal gatal. bese la,,sign banyak bahan kimia kat muke cos its been 3 months dah tak pakai eumora. and now the time to maintain my skin looks flawless..haha. flawless kehh? well,,macam besela perasan! :p

Friday, February 5, 2010

posto postoo!!

this morning conversation with kak sha.

kak sya : hello assalamualaikum,, boleh saya bercakap dengan nazzirah?

me : ya saya..

kak sya : kak sya dari ampang puteri bercakap ni,,

me : ya..

kak sya : nak bg tahu nazzirah yang Dr. Wahab tak boleh buat surgery on this coming tuesday la dikk.. so terpaksa la kita pospone..

me : oo yeke,,, bila pulak pospone tu kak?

kak sya : kita pospone keesokkan hari nya boleh? sbb Dr. ada meeting dengan manager hospital la that tuesday..

me : emmm.. saya ok je kak sambil terasa berbunga bunga di dalam hati :ppp kalau macam tu, pukul berapa perlu saya melapor diri di sana nanti ye?

kak sya : ok, adik datang hari selasa dalam petang petang sikit macam tu sebab Dr. akan jumpa adik keesokkan harinya untuk membuat surgery tapi make sure sebelum pukul 5 lah ye.

me : ok. jumpe hari selase ye kak.. and thanks for imform me..

kak sya : alright.. no problemm..


and i was like...










yahoooooooooooooooooo!!!!







gela happy akuh! orang paling happy dalam dunia pada hari jumaat ini :D haha.. tade pape pon sebenarnye tapi i really feel like a lot of space given from God for me to make sure all my work DONE before i get into the hospital. and plus time for me to get betol betol ready to be strong to walk into the bilik pembedahan.. huuuuuu... takot laaaaaaa :'(


ok ok. never mind. off that ketakutan first. now the list of things i have to be DONE before i get into the ampang putei hospital :-

+ do all my documentations @ office. audits, printing, post every reports, penyerahan kerja to zaidy and bla bla blaa...

+ shopping for farid and my stuff to bring to the hosp!

+ laundry at home!

+ hair cut! mebbe..still considering~

+ get ready for this coming sunday weekend! weee :D

+ jog as far as i can go! sampai letih sampai pitamm!!

+ shopping shopping and window shopping oso can! :p

+ preparing stuff to bring living in the hosp!

+ cari bahan bacaaan sebanyak mungkin!


i think thats all so far kot. emmm. nvm,, will update the checklist later. mau buat kereja dah..
daaaaaaa~

Thursday, December 17, 2009

tooo fast.

new year is coming :)

salam maal hijrah 1431 to all :D

diharap agar segala yang diimpi dan dihajati dalam tahun ini telah tercapai dan ditunaikan. dan mulakanlah tahun baru dengan harapan dan semangat baru agar kita semakin maju kehadapan. segala yang telah terjadi usah dikenang tapi perlu kekal diingatan sebagai tanda sejarah bagi terus memperbaiki diri. doa akhir dan awal tahun juga jangan dilupa serta surah yassin sebagai pelengkap menyambut tahun baru di malam jumaat berbahagia dimana langit terbuka luas bagi hambaNYA yang berdoa :) minta agar diampunkan dosa, dipanjangkan umur serta moga dimurahkan rezeki yang halal dan berkat.... amin~

p/s: for those yang tidak mahu ketinggalan dengan football final sea game MALAYSIA vs VIETNAM, plis jgn ketinggalan utk berdoa juge. kalau tak melesia kalah!! good luck to skuad malaysia!! yeahh...

esok cuti!! yeayy!! peace :P

Wednesday, September 9, 2009

renungan for the day...

Sabda Rasulullah saw

"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti bonggol unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)


errrrr...
moge terhindar dari kejahilan yang nyata. amin~

Tuesday, August 11, 2009

bencana dunia.

baru je pas dengar berite berkenaan penyakit yang semakin popular kini hari. H1N1. pernah terfikir tak perkara H1N1 ni macam satu bala yang tuhan nak bagi kat hamba2 nye? kite le tuu.. hari ni je enam kematian dari warga tempatan negara kita dah terkorban. innalillah... jumlah sebenar, dah 38 orang. sampaikan ade anggaran "5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1)" nauzubillah... takotnyeee. mintak dijauhkan. amin~

rase macam nak jadi zaman kaum dalu-dulu plak. Allah terbalik kan dunia ni dalam sekelip mata je manusia yang ingkar ni terhapus. macam sekarang la. jika kita tgk sekeliling, arak, dadah, hubungan bebas, rasuah, penindasan, da macam small metter dah. aurat xpayah cakap la. pakai baju tapi hakikat, no point pon pakai baju. nampak je itu ini. trend dude!!! bute fashion la kalau x follow.

zaman yang dah tak concern dose pahale ni. kalau ditegur, katenya menjage tepi kain orang. kalau tak ditegur, jawabla kat akhirat sbb tidak menegur sesama saudara islam. orang zaman sekarang ni yang penting, asalkan berjaye, berjaye dan berjaye.... agak-agak tengah susah, baru ingat tuhan, nak buat sembahyang hajat bagai. ya allah. aku rase aku pon da terjebak dengan cara hidup ini semue.

astaghfirullah al azimm.. nauzubillah...

post ni bukan nak sindir or mengate mane2 pihak. peringatan untuk semua dan diri sendiri. sementara masih sedar dan seterusnya mengajak rakan2 pembaca terus menyedari hal ini dan kite sama2 berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terpelihara dari bencana dunia ni.


AMIN...

ade 1 doa khas penyakit berjangkit yang di tagged oleh atie kepade aku semalam. mari kita amalkan..

Tuesday, July 28, 2009

quote for today =)

Semakin kebaikan itu hampir pada kita, semakin laju kejahatan mengejar kita. Maka, selalulah berwaspada, agar hidup terpelihara...

copet je ni. cos tertarik. untuk di share dengan kawan kawan =)

Wednesday, July 22, 2009

too much kot!

*mode penyembuhan*

sedih. kecik hati. makan hati. unexpected. shocked. = haihh..redha je la.

emm. nak cerite pon xde mood. tak payah cite kot sbb cam tak sesuai utk bacaan umum. cume rase xdapat nak lupekan bende ni. ayat tu keep rewind n rewind dalam otak aku. aku pon tak tau kenape bende ni boleh bagi impact yang amat sangat bagi aku. jauh tetusuk ke dalam hati aku terase dengan kate kate pedih tu. fuh~ saket nye tuhan je tau.. tapi, xpela. sape la aku nak menentang. aku sedar aku siape.

selame 23 tahun aku hidup kat dunia ni, baru aku sedar sekarang bukan semua perkara yang baik akan di balas baik. dah berpuluh tahun kita cuba buat yang terbaik pon belom tentu akan dihargai. walau sedalam mana pengorbanan kita terhadap orang tersayang pon, belom tentu akan di balas baik. bukan mengharapkan balasan. hanya secebis kepercayaan dan sokongan. lagi2 dari ahli keluarga sendiri kan? aku percaya dengan kata kata ni ...

' what u give, u get back'.

ye. termasuk yang tidak baik jugak. kalau aku buat jahat kat orang lain, yang jahat jugak la aku dapat nanti. malah 2 kali ganda jahatnye mungkin.

mungkin ape yang aku buat selame ni tak cukup bagus utk mereke. mungkin mereka harapkan lain dari aku, tapi laen yang aku laksanakan. tapi aku da berkorban beberape lame apeee. xcukup mungkin.. tah laa..
atau mungkin aku yang tidak sedar dengan ape yang aku buat selame ni? walaupon aku berniat baik tapi bagi sstengah orang mungkin menyusahkan dan meluat bagi mereka..sampai aku banyak menyebabkan orang lain terase seperti ape aku rase sekarang? mungkin jugee..

n now bile bende ni happen kat aku, aku rase cam 1 impact yang sangat besar n sangat terase hati dengan kata-kata itu. bukan sekali tapi 2,3 kali.. mungkin tu yang menyebabkan aku boleh terase sangat sangat sangat... :(

tapikan,, kenape aku nak terase beriye eh? boley tak buat bodoh je ngan bende2 camni? ke aku ni terlalu sensitive?? orang bergurau pon, terabsorb gak.. tapi aku da cube. tapi tetap gak x bolehh..

kepade pembace, xde pape pon ni. saje je meluahkan ape yang aku tenga dok pikir. nak cerite pon sekadar ni jela dapat di ekspose kan. xde pape pon. just cube untuk belajar makan dalam. mungkin small matter je kot bagi sesetengah orang but aku sangat tidak dapat melupakannye..

kesempatan ni aku nak mintak mahap la kat sape2 yang penah terase hati kat aku noo.. yela nak mintak maaf pon xkan nak tunggu hari raye kan. sementare aku tnga beringat ni, seluroh orang yang penah aku kutok, ye, sangat ramai..termasukla orang yang aku gurau2 je kutok, orang yang aku x peghasan pon yang penah lukekan hatinye, semue2 lah. temasuk la sape2 je pembace blog ini :) aku mintak mahap banyak2 nooo.... ni je la cara aku nak bersih dan legakan hati aku....

mulai hari ni aku nak mula kan hidup baru. ewahh! biarkan saje ape nak jadi selepas ni. aku takkan amik kesah ape yang berlaku di sekeliling. biarla baik buruk jadi, selagi tak de kene mengene ngan aku, aku akan senyapkan diri.aku kene belajar makan hati. terlalu banyak melantun kot aku ni.. hehe..

anyway, aku manusia biase, bukan superman, malaikat or what-so-ever. walau ditahan ape yang tersirat dalam hati, namun melimpah juge dengan air mata. ye, aku selalu kalah dengan itu. bagi sape2 yang kenal aku, mungkin tahu...

sekian..

Monday, July 13, 2009

i really need Strength.. help God~

Ya Allah.....

jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu....

agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaimu.....

amin~

Friday, June 26, 2009

sayu nye :|

xtau kenape hari ni rase sedihh je. sayu.
down la. xde pape pon happen.


...........


pms kot. xpe la.
abaikan.


'pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki... kalau hati itu bersih.

hati kalau terlalu bersih pandangan nya akan menembus hijab
hati kalau sudah bersih firasatnya tepat kerana allah
tapi hati bila dikotori,
bisikannya bukan lagi kebenaran'



lagu hijaz ni je la bole ubat hati aku hari ni. k la.
semayang dulu..


bye :)

Wednesday, June 10, 2009

ikot resmi padi " diam-diam berisi ". jangan diikut resmi tin tin kosong yang kuat berbunyi tapi hakikatnye kosong tiada isi :)

hari yang penuh ketiadaaan mood untuk bekerja.
byk keje tapi x terusik lagi.

so, blogging :)

rase da lame x blog. yup. byk bende yang perlu diuruskan di luar sana berbanding dok menaip blog yang belum tentu ade pembacanya. namun, tidak mengapalah kerana ini hanyalah coretan buat sang aku yang jika suka suka mahu menulis.. hehe

kerja: kene cari yang terbaru dalam tempoh secepat mungkin. kerana perlu ada back up plan. takot tinggal aku sorang je kat cni nti. orang len blah, aku pon nk blahh..hihi. rase2 macam da nk burst je ni dok kat cni. dah! bosan cakap pasal tempat keje ni :\

next topic is about thought. emmm.. aku tak paham la kenape ade jugak orang yang suke serang serang dok ngutok ni. dorang nk ape pon aku tak paham.. tak tau nk buat ape da. nak marah balik, xboleh nti nampak kebudak budakan. dah tegor, jadi bahan plak. nak senyap, de pihak yang x puas hati. so, ape jalan penyelesaiannye?

senyap je kot. layan pon buat kite sakit hati yang sedangkan bagi merekemereke, bende tu semue adalah bahan lawak. biarkan la mereke dengan dunia mereke. dorang tnga de problem kot. maybe~ ini masa mereke untuk mengutok, membahan orang dan sebagainya. yang penting, kita happy dekat cni. mungkin mereke jeless kot? hihi.. silent is brilliant right..?

yes I am optimistic. so wut!

do i look like i care??!
hihi..

Wednesday, June 3, 2009

betul juga kata mereka mereka.. berfikir sejenak~

"life is all about learning. everyday, everything happen around us is a lesson.grab it!!
whether you want to win or lose, depends on how you handle the matter"


thought of the day... thoughts actually.eheh


PURA PURA = PRETENDING
y must we have to pretend?? sangatla tak suke..
but i have to :\


kenape tibe2 mode cenggini ni?
haaaihh..tidak mengapalah. i keep this on my own..for my sake. and my surrounding. my life~
the main thing here is, do not be so naive. sooo not good. no no no!
bukan kate naif tu x baik but not tooo naive like i've been before.
learn from the mistake ok! yeahh.. aa boleh!!
kiki.. tah pape..

Thursday, May 7, 2009

Reminder~

salam

there are things to do and have to take note :~

1) do not walk alone. ask puan rathmah to accompany me. everywhere, anywhere. always!! opss. baru realize. me and pn. rathmah are the only women here. macam not safe enough kan? :/
2) never talk to dat guy. hiiii... scary.. if teserempak, get rid of him. simpang malaikat pat plo pat la kirenyee.
3) stand by for a report based on this problem. just in case if this problem is out of control. really patient to face this. until when? just wait and see...
4) never pick up, answer, reject or reply his msgs or calls. within past 3days, his calls n msgs become less. so, let's see in a week ;) buat bodo jeee..
5) change my phone number. oh nooooooooooooooooooo!! dah lame ok gune no ni. sob sobs..


those are the things that i've discussed with Dr. He ask me to see first. whether that psycho become ok or not within a week. if he keep kacau me until this monday, so sorry then. nasib la. warning have given. slow talk also done. ugut pon ade. nak ape lagi? some ppl can make small things to be a big one what.. so do I la! pedulik hape aku! haha..



persoalannye disini...

1. mengapa aku mengulas pasal hal ni lagi? sedangkan aku cukup jelak dengan hal mamat yang cam x betol ni. sudah2 ok.
2. mengapa aku tibe2 berbahasa inggeris? sudahla bercampur rojak buah..
3. perlukah aku menukar nombor telefon?

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
tanak tuka number phone!!!!!!
*sobs* :'(

itu saja. sekian terima kasih.