This is she

My photo
selangor, Malaysia
rambling is her new activities lately..so, just let's her do the talking..

Tuesday, June 30, 2009

mahu diet tapi xmampu.

haha. post yang mencerita kan kelalaian kerana xstudy dulu, keobsessan kerana terlalu risaukan kenaikan berat badan yang tidak la seberat mane lagi, kerakusan kerana terus beli tanpa berfikir panjang dan kecerry-berryan aku ;p
nak jugak kurus kononnye, dan akhirnye membawa padah!

ok. kelmarin, kekaseh belikan aku ni...


haaa.. untuk reduce weight. bukan kekaseh pakse tau. aku je just wanna try test ok ke tak menatang neh! hehe... carik pasal kan ;p


ye, kononnye nk kuros sgt kan. emm. nak dijadikan cerite, aku try after dinner hari sabtu. katenya 5 to 13 hours pas tu akan cerry berry. namun aku ok sampai keesokkan hari nye. xde pape hapen.

tapi 1 bende yang luarbiase terjadi, aku rase sangat cargas dan ringan badan . pagi ahad tu bangun subuh then x boleh lelap dah pastu. siap g pasar pagi, masak2, lunch, dan sebagainye teruuusssss la till malam baru aku tdo balik. best kan? hihi

ok. tibe saat nye di pagi hari isnin. dimana aku wajib datang ke tempat kerja kerana pihak MQA nak buat inspection terhadap kolej baru kami. but the thing is, aku seriyes xdapat mengagkat badan kerane,,,,

bagun je pagi tu aku da rase effect ubat teh tu. perghhhhhhh..............

cerry berry beb!!!

lemah 1 badan. shaky, lembik plus sangat kosong perut. lalu aku pon mc yang xde pon dapat mc pon dari Dr. pon. huh! so, sorry orang orang di ofis sekalian. aku tidak sengaje. xnk amik risiko drive 1 jam ke ofis dalam keadaan perut tidak selese malah sakit bagai dipulas2.. so my part xde sape yang dedahkan kepade MQA. weeeee ;)

dis morning update to the person yang involve, da agak da, every people kene balun. camane aku nk lupekan hari tu pon aku da kene balun gak. n part yang paling best adalah... Dr pon kene sound direct. haha. sampai die nak benti keje. kiki. opsss. aku terlalu mendedahkan perkara yang perlu dirahsie kan ke?

hah! nasib leeeeee!

ok sambung balik. about the ubat kurus badan tuh. yup! mmg turun berat aku sebanyak 1.5 kg!!! haaa... 2 hari je mmg berkesan la hampir 2 kg berat turun. sape2 nak try teh tu, boley la cube se-sachet. hehe. aku da surrender xnak teruskan. fullstop!


so, here i am :)

makan makan dan makan. hihihi





n thanks for the main cast here.


u are such a lovely companion <3

emm. tu je la. sekian terima kasih.

mode hari ni *HAPPYYYY* XD

Friday, June 26, 2009

sayu nye :|

xtau kenape hari ni rase sedihh je. sayu.
down la. xde pape pon happen.


...........


pms kot. xpe la.
abaikan.


'pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki... kalau hati itu bersih.

hati kalau terlalu bersih pandangan nya akan menembus hijab
hati kalau sudah bersih firasatnya tepat kerana allah
tapi hati bila dikotori,
bisikannya bukan lagi kebenaran'



lagu hijaz ni je la bole ubat hati aku hari ni. k la.
semayang dulu..


bye :)

Thursday, June 25, 2009

nak try ke tidak.. haihh

ok all. straight cite ape masalah aku kali ni. status aku skang ni adalah nak cari kerje baru. bukan ngade2 xbersyukor dengan ape aku rase skang, tapi aku tetapkan hati untuk ni kerana :-

1. aku da rase ini tugas yang besar nak mendidik anak bangse. if aku tersalah aja dan x buat dengan penuh dedikasi, jenuh nti nak jawab kat akhirat. options, g wat master carik ilmu banyk2 dulu baru dok sebok ngaja anak bangse. ewah!

2. aku x suke management cni. ok. now mmg ok but by the time perlukan commitment, pihak atasan suke gunekan golongan bawahan ni macam kuli dorang habis habisan. habis diperah nye kami2 sme ni. aku xkesah utk buat sme keje. tapikan worth ke aku keje bagai nk rak tapi kebajikan x terjage? g keje dalam keadaan xselamat ngan mamat psycho? gaji cam ciput? hari2 drive lame pegi balik yang konon nye nak sponser tempat tinggal? arghh.. ni mmg da kene tipu dengan janji2 manis mereke. sit!

3. aku rase xbanyak bende aku bole belaja kat cni. ade la jugak but, terhad. lagi2 aku x boleh keluar pada hari sabtu kerana kerja separuh hari. damn la keje weekend. aku nk enjoy gak!

4. appointed as lecturer tapi aku rase macam kerani je keje kat cni. haa. yang ni pk pk sendiri k. bayang kan cemane hari2 aku dok angkat sme call kat ofis ni. ya, not big deal but if too many calls, sampai bile keje aku mau siap!

5. janji2 manis yang da berjuta aku denga tapi 1 hapak pon xde!

6. x sanggup dah aku dok menipu budak2 yang nk belajar kat cni. kesian aku tgk padehal dorang leh pg jauh lagi. emmm...

ok la tu je. banyak lagi act. tapi sudah2 la...

skang ni plak yang menjadi tande tanye aku adelah, aku ade try nak dapatkan koje as PA cum admin. multitask la kire... ye, aku minat. sangat minat. tapi rase rugik lak ngan degree yang telah dihasilkan. emmm...

tadi call person in charge about the post. die nk jumpe bile2 mase . aku cakap weekend ni boley? then die kate ok. then die akan call balik. haihh.. ni la yang buat aku teringat balik mase aku apply keje kat VIC ni dulu. sempoi je intervw nye. patot pon sempoi cos orang nye cam hampeh. aku takot dapat bos cam hampeh lagi. kate nk ajar every thing. satu pon tarak!! but he waste my talent! aku rase cam aku boley buat more than this. or aku yang xsesuai jadi tenaga pengajar?? kot..entah le..

haihhh........mengeluh lagi!


dah la. masa utk update.
last weekend activities.. jeng jeng jeng...

hehe.. gerak dari rumah selepas subuh okke!




sampai2 terus line up. penat seyhh..berator panjang!




tgk jele dorang jalan...





purak purak je tuh. hihi




fara faizal




snap sane sini wif incik kekaseh. ngeh ngeh..




balik dahh..ops blom lagi. g mandeyy!!




hutan rimba kanching :)

_____________________


back dated update. dah dah. sangat bz hari ni actually. things to do.

1) filing alllllllll files. cam hampeh! rase cam kerani pon ade.
2) soklan final bebudak ni beserte marking skima. 60 soalan okke! mati!
3) permit mengajar thingy. leceh la nk sedia itu ini.
4) documentation nursing. wtdoublef! pehal la tbe2 aku pon terjebak bende nursing neh.
5) resume n all kene pass up kat dr. berape kali ko dah hilang kan aku pnye detail hah? hampeh tol!
6) follow up budak budak ni punye projek. rase cam buat pendekar seabad je.hehe
7) hias board
8) ready class for tomorrow n most important this monday!
9) lesson plan! 15 lesson plan!

omg banyak nyeeeeeeeeeeee..
ok. yang paling best nye, semue ni due date nye ESOKK!!
ok stop! buat sekarang!

bayangkan aku yang sedang menggelupur nak siapkan semua ni @.@
bye!

Tuesday, June 23, 2009

secebis peringatan untuk dikonsi bersama :)

PETUA KHUSYUK

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.Firman Allah lagi yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9.Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

*copet dari Humaira Aeisya punye note kat FB. utk kongsi bersama.. renung-renungkan~
dan, selamat beramal :)

Saturday, June 20, 2009

yang pergi tetap pergi..

alfatihah...

.

.

.

.

.


amin amin ya rabbal alamin. moga pemergiannye dirahmati dan dicucuri Tuhan.
pagi pagi tadi patot pon rase sayu je. rupe2nye ade yang meninggal.

JEBON.. anak kuceng kesayangan aku. huuuuuuuu~
mati akibat diserang flu. kucengs laen kene gak tapi sehat da. die je yang x survive.
Jebon ni la antara kucin yang sangat active, suke maen, gigit kaki aku bile lapo, xreti simpan kuku, suke lompat lompat..comel.
die la yang selalu teman aku bile penat penat balik dari koje. rileks je landing tdo kat sebelah kadang-kadang tuh..
namun, apakan daya. yang pergi tetap pergi...


cube carik pebende yang ade dalam gambo yang gelap nihh...
hihi.. nampak tak? nampak tak?



tadaaa..
kenalkan kawan rapat Jebon. Bulat namenye.
mmg xreti posing kat depan cam.


hiihi. xde pape pon act, post yang mengade2 nak habaq kat suma kucen kesayangan aku mati pagi tadi. jngn mara aaaaa...

;p

Thursday, June 18, 2009

coretan pagi hari. tika malas nak buat kereje. mode mencari mood nak buat keje. ape2 aje lah! ;p

salam. ok come back to normal mode.
whippie whippie no more.
keje, keje, keje..

bagi sape sape yang membace ini kan, amaran diberikan. sbb boring. haha. b4 that, korang penah tak berhadapan dengan orang yang psycho nak bekenalan ngan korang eventho korang da cakap kat die yang korang x berminat??
ni aku nk cerite sket la pengalaman yang aku hadapai sekarang.

okla. alkisah...

da sebulan kot de 1 number ni dok kaco2 aku. kalu nk direfer kat post yang lepas aku da penah cite sket. nak dipendekkan cerite, mamat psycho ni da stop ganggu aku setelah seminggu aku xreply or jawab call die. fed up kot aku x layan, lalu senyap.. tapi, baru2 ni die buat hal cos admin kitorang yang 'mantap' sangat buat keje tuh, da 3 bulan x bagi claim OT dorang. kesian gak la. tapi nk buat cemane kan. sme orang pon de keje masing2...

mase tu mamat tu g ngamuk2 1 opis cam da nk betumbuk n now die da ditukakan tempat keje. lege... kire ok la tu bos die x buang teros. opss. did i mention that dis mamat is a security guard?? okla mamat guard aku panggil.

nak dijadikan cerite, disebabkan mamat ni ditukakan tempat keje, 1st day die kat tempat keje baru tu, die fon call aku. aku tanpe berfikir panjang angkat terus panggilan tu.
damnn!! mamat gad tu rupenye. ape aku kene buat ni?
lalu aku pon cakap jele. die call cos nk clean kan keadaan la konon nye. ok, aku pon accept la apologize die tuh. tau x ape jadi pas tuhh??

mamat gad ni mmg saket otak aku rase. di jadi balikk. die dok kacau aku lagi sampai kate nk masuk minang la hape lah. makk oihhhh!!!

aku rimas la bodohhh!!!

haaaaaa. okla. mebi bagi sesetengah orang bende ni nampak cam small matter. tapi bagi aku cukup menakutkan. kot kot teserempak kat mane mane die g tahan aku ke. x pon dok jampi jampi hembus hembus dari jauh ke. gune gune kee. hishh..

nauzubillah...

bende ni happen ade la dalam mase 2 minggu camtu. aku xbg tau kekasih cos xnk die risau. aku pk pk cemane nak bg setel bende ni. lalu terpikir jalan terakhir. cos da males da nk try cara lain yang menyusahkan aku. so,
aku pon g la report kat bos dorang. thanks a lot to Major Tan n Tuan Mahmud. perghh.. mule2 dorang gelakkan kes aku ni. katenye, biase la lelaki, kalau x berani mencuba, bukan lelaki la namenye..hampeh!
tapi bile aku nanges mase bagi keterangan, haaaa... baru dorang tau betape crius nye bende ni bagi aku. bukan nak buat bende ni main-main n suke suke nak g report. tapi aku rase x selamat bile masuk area bandar tasik puteri ni. dah la hutan. kang papehal, xpasal-pasal aku kene....haishhyy.. jgn pk bukan bukan...mase bg keterangan tu gak aku baru tau yang mamat gad tu xkawen lagi rupenyee. patot pon. sangap kot!

ok. make it short. pas aku report, die da di sound kot oleh bos die. pastu die aseeeeeeeeeek la call n msg panjang2 kate aku memalukan die. hoih! orang bodoh je la buat cenggini!!
die kacau orang pastu siap kate kat aku, setiap perbuatan ade balasan nye.nak nasihat kan aku konon. hampeh! ko buat aku tu hape.. ni la balasan ko! bodoh!!

fuh! selambe je aku mengeluarkan kate2 kesat disini. minta maaf ye kawan2 pembaca. aku tau agak tidak sopan ayat2 ni sume. tapi kan, ni jela cara nk bagi aku release sket. takut tau. kekaseh jaoh, abg abg aku keje, parents, malasla nk libatkan dorang. setel sendiri jee...

now, aku tekad gela nk pindah tempat keje. confirmation dah la nk dekat. sorry la aku nk sign. aku xrase yang dorang akan naekkan gaji. maklum jela company kedekut. bangge kate kaye tapi bagi gaji cam hampeh. sape nk ikhlas g keje hari hari cenggitu kan.
haihh. entah le. hari2 pon merungut aku neh.. mengape pon aku suke dok cerite bende yang menyampah ini?? sit!

tuko mode happy la jap. hehe.. mari lihat gambaq ini..

sangat over okke. haha. plus kantoi tnga gossipping ngan kak faiz, kak nani n kak dayah.haha. neway, thanks to ajim :)

Wednesday, June 17, 2009

post b4 pulang :)

sebelom balik dari opis. tbe2 terpikir mau ini...




tadaaaaaa..


ntah bile boley dapatnye. gantung sebijik kat umah, leh bagi terbaka sket lemak2 neh.. haihh..
kaki da gigil da lame xbagi kat punching bag ni. adoyyaii..sabau jele.. neway, tadi jijie@duke n ajim link kan hasil koje mereke. leh refer chat box. ni gamba2 nye... saje je pon nk nunjukk.. hehe...

kami. setelah di edit.



sesi sambut rebut bunge. konon konon turn org tu la if dapat bunge tu..heh



poy je akuh! haha..



haha. siap edit de dialog between mune n cameraman lagik.heh.



neway, thanks for the cameraman. gamba korang mmg cantik. cume xbanyak je. kitorang tau kitorang xcukup sporting utk posing cenggitu-cenggini pada hari itu. malu~hihihi...

ni je la utk 10 min post aku. nak balikkkkkkkkkk!!


Monday, June 15, 2009

haihh..

tidak tau mau cakap ape...

tadi mr. chow cakap yang confirmation aku is on the way. haihh.. aku x nk please. kalu keje cenggini then xde kenaikan gaji, no thanks..

tadi gak kelas aku di perhatikan oleh principal. bosan.

keje banyak lagi. final paper xsiap lagii. xsentuh ape pon lagi.. nak contoh soalan pleaseeee!!!!!!

ok la dah. masuk part cerie2.



*happy mode*


last sat went to johor + malacca. gerak malam about 2 hours journey, bermalam di cegu rizal's.
then the nex day serang rumah kawen.
man's at segamat n cegu zul's at malake..dalam 1 hari ok.
they were simple but gojes..
lihat gambar2 dibawah ini...

cegu zul dan isteri. comel jehh..



then pg kat man(kawan sesilat) @ kak wawa's plaks. ni lagi rase cam memain je dorang kawen. heh..



odw back makan dooorian yang dibelanje oleh pokdi yang tidak makan doorian. kelaka kan . xpela.. neway, the durians was nyummms~


nora n I.. and durians..hehe ;p




itu ajee.. pulang ke melaka semula. rest2 di rumah cegu dan akhirnye pulang ke KL semula...



bile la agak nye nak dapat makan ikan bako umbai.. any one??
hehehe...


*ni bukan cikgu sekola rendah ato menengah aku ok. ni cekgu2 seperguruan silat sewaktu masa dahulu. "gayong bercantum bersatu padu. mengingat junjungan empunya seru, sama berbakti bantu membantu".. ecehhh... dah dah..hahhaa

Friday, June 12, 2009

mengapa aku rasa xsedap hati??

hisyy.. tak tau mengapa. rase xsedap hati dari pg tadi.
mungkin ke disebabkan oleh ke'broke'kan aku??or..
mungkin aku terlebih minum caffein? ye kott~
haisshh.. gelisah jee ni.



ok. nak doa jap. kat cni? hehe.. sengaje~



harap tiada apa2 yang tidak diingini berlaku.
selamat perjalanan pergi balik.
dan moge perkara ini membawa kepada kebaikan.
amin :)

xmo cakap lebey. cume... jumpe je la senin depan ye!

bubbye u all!!!

Wednesday, June 10, 2009

ikot resmi padi " diam-diam berisi ". jangan diikut resmi tin tin kosong yang kuat berbunyi tapi hakikatnye kosong tiada isi :)

hari yang penuh ketiadaaan mood untuk bekerja.
byk keje tapi x terusik lagi.

so, blogging :)

rase da lame x blog. yup. byk bende yang perlu diuruskan di luar sana berbanding dok menaip blog yang belum tentu ade pembacanya. namun, tidak mengapalah kerana ini hanyalah coretan buat sang aku yang jika suka suka mahu menulis.. hehe

kerja: kene cari yang terbaru dalam tempoh secepat mungkin. kerana perlu ada back up plan. takot tinggal aku sorang je kat cni nti. orang len blah, aku pon nk blahh..hihi. rase2 macam da nk burst je ni dok kat cni. dah! bosan cakap pasal tempat keje ni :\

next topic is about thought. emmm.. aku tak paham la kenape ade jugak orang yang suke serang serang dok ngutok ni. dorang nk ape pon aku tak paham.. tak tau nk buat ape da. nak marah balik, xboleh nti nampak kebudak budakan. dah tegor, jadi bahan plak. nak senyap, de pihak yang x puas hati. so, ape jalan penyelesaiannye?

senyap je kot. layan pon buat kite sakit hati yang sedangkan bagi merekemereke, bende tu semue adalah bahan lawak. biarkan la mereke dengan dunia mereke. dorang tnga de problem kot. maybe~ ini masa mereke untuk mengutok, membahan orang dan sebagainya. yang penting, kita happy dekat cni. mungkin mereke jeless kot? hihi.. silent is brilliant right..?

yes I am optimistic. so wut!

do i look like i care??!
hihi..

Thursday, June 4, 2009

=.=

sangat penat. hari ni tibe2 rajin buat keje. ok. nak balik. malam ngajar lagi.

yeayy!!

saje letak. cenghheeeett!!

malam ni kelas yang x tensen.. njoy summore :) kelas kee pon? hihi..

ape2 la...~ la la la la la la ;)

Wednesday, June 3, 2009

betul juga kata mereka mereka.. berfikir sejenak~

"life is all about learning. everyday, everything happen around us is a lesson.grab it!!
whether you want to win or lose, depends on how you handle the matter"


thought of the day... thoughts actually.eheh


PURA PURA = PRETENDING
y must we have to pretend?? sangatla tak suke..
but i have to :\


kenape tibe2 mode cenggini ni?
haaaihh..tidak mengapalah. i keep this on my own..for my sake. and my surrounding. my life~
the main thing here is, do not be so naive. sooo not good. no no no!
bukan kate naif tu x baik but not tooo naive like i've been before.
learn from the mistake ok! yeahh.. aa boleh!!
kiki.. tah pape..

Monday, June 1, 2009

sangat HAPPY ok.

hihi. gembire + puas hati.
gembire sbb weekend yang best. terase lame weekend aku. ^_____^
meh aku cite sket nihh..


saturday:::
after the registration stuff @ VIC, we me n kekaseh of course..hehe went to manjalara. kekaseh's friend's wedding. tade pics lohh. wedding yang simple but everything pon ok. meet people, makan2 lalu balikk..

opss..belom balik umah lagi. mase ni la da mule rase happy2.hehe. go to BB Plaza. kedai nokia. deal punye deal. akhirnya dapat price yang baeek. lalu beli. ni xsaba nk tunjuk nih. haha.. sorry guys aku terpakse menunjuk.kiki..

tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

nokia expressmusic 5800 yang aku idam2 kan selame nii ;)


hihi. sorry xclear sgt cos gune 2ndary camera.. ok2 next shot...


yeahh..
inila die dari pandangan belakang ye. eheh *eksited.eksited*
amek pic dalam toilet pon jadila.haha



nyeheh. gegambo yang diambil pagi td. kat toilet opis. konci toilet pastu snap snap.hehhee.. ni la salah satu bende yang membuatkan aku ssh sgt nk fokus buat keje hari ni. asek nk g install la, nk snap pic la, nak g setting browse la.. tah hape hape kau buat.
tapi, tak ape la. saje membiarkan diri dengan sifat kebatakbatakan ini dahulu. fon baru la katenyeee... :D

ok. another reason mengape dan kenape aku begitu eksited. baru aku sedar bahawa selame aku pakai telefon bimbit ni, ini lah yang pertama kalinya aku beli sendiri, duit sendiri ok. siap hutang lagi neh.. berdasarkan cita rasa dan bende yang aku da target lame. usehe punye usehe, dapat gak akhirnyeeee... puas~ hihi

kenape? owhh., dulu fon petame hadiah SPM dari mak. before tu pinjam dari kezen. kesian kan? hihi.. then 3 fon seterusnya adalah 2nd hand dari angah. aku tak paham kenape aku bole bertolak ansur ngan angah sampai 3 kali kene todeyy ngan die mase tuhh. hampeh!! tapi xpe. adekberadek je pon. malas la nk berkire. hehe. now oredi got my own. hihihi =]



*continue story*

ok. pas beli, kami balikk. rush gak la. takot kene marah ngan mak. hehe. ye, aku anak yang baik lagi lurus. maka jangan la menderhaka. nanti xdapat masuk syurga. hehehe...b4 balik singgah le kat sg buloh overhead bridge tuh. pas solat, lapa...

makan di ke ep siii.. ehehe~ itu saya! mok kan?? tauuu...

huhuh. kenyang lalu pulang. kesempatan ni aku nk berterima kasih kat main cast dalam weekend story aku minggu lepas.

iaitu, incik ra'uf hussin....

mekasehh pakk.. ehe. ni la die part time drebar aku yang setie <3
jangan mare..gurau2 saje ;p


sunday:::
nothing pon. just duduk rumah. bangun pagipagi, solat, lalu membersihkan rumah tangga. haha. sangat bangga ok kerana berjaya tidak tidur selepas subuh pada hari weekend ;p

dari pagi sampai ke tgahari dok mengemas rumah.. pastu dok bakar ikan. xsedap sangat kerana pemilihan ikan yang kantoi. baru tau yang ikan pari agak tidak sedap untuk dimasak secara membakar dan cecah dengan kuah kucap pedas yeaa..


next,

ingat ptg nak buat muffin but kene ziarah pakcik. jadik drebar mak abah la nampaknyee...


habesss cite. tu saje la. panjang-panjang type nih pon macam ade je orang nak bace. kiki. tidak mengapa la. aku punye diary whatt..hehe. okes la. sampai disini saja. huhu..

papai ~.~